Page 273 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 273

Skrip Pendengaran







                     TEMA  1
                     1.1.2   Mendengar dan Bertutur
                     Jom Belajar Berenang – muka surat 8

                    Cikgu Zana:      Murid-murid,  bersama-sama  kita  hari  ini  ialah  Profesor  Madya
                                     Dr.  Tengku  Fadilah  Tengku  Kamalden,  Ketua  Jabatan  Pengajian
                                     Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
                                     Serdang. Dr. Tengku akan mengajar kita tentang Panduan Asas
                                     Berenang. Apa khabar Dr. Tengku?
                    Dr. Tengku:      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, saya sihat.
                    Cikgu Zana:      Baiklah, soalan yang pertama. Berenang itu apa sebenarnya?
                    Dr. Tengku:      Berenang ialah pergerakan kita di dalam air dari poin A ke poin B. Kita
                                     boleh menggunakan apa-apa gaya pun untuk bergerak, termasuk
                                     terapung di belakang badan sambil menguiskan tangan. Itu juga dikira
                                     sebagai berenang.
                    Cikgu Zana:      Oh, begitu! Jadi, apakah perkara penting yang perlu kami ketahui untuk
                                     belajar berenang?
                    Dr. Tengku:      Baiklah,  sebenarnya,  sebelum  belajar  berenang,  kita  perlu  ambil
                                     perhatian tentang aspek keselamatan di air, contohnya, papan
                                     tanda yang ada, keadaan cuaca, keadaan arus yang deras, dan
                                     warna  air,  sekiranya  keruh.  Oleh  itu,  apabila  tiba  di  badan  air,  jangan
                                     terus terjun. Lakukanlah pemerhatian terlebih dahulu dan jangan
                                     berenang bersendirian.
                                     Kedua, kita perlu belajar tentang cara-cara untuk masuk ke dalam air,
                                     terutamanya apabila kita tidak pasti tentang kedalaman air.
                                     Ketiga, kita perlu belajar bernafas dengan betul  di dalam air. Kaedah
                                     bernafas di dalam air berbeza dengan kaedah bernafas di darat. Caranya,
                                     semasa di permukaan air, tarik nafas dalam-dalam melalui mulut,
                                     kemudian tahan.  Semasa di dalam air, lepaskan nafas yang ada di rongga
                                     dada melalui hidung atau mulut, sedikit demi sedikit. Jangan tarik nafas
                                     melalui hidung seperti di darat.
                                     Keempat, amat penting juga untuk kita tahu tentang tatacara berjalan
                                     di dalam air. Semasa di dalam air, kita perlu berjalan menyenget seperti
                                     ketam untuk mengurangkan rintangan.
                                     Kelima, kita perlu belajar cara mengapungkan diri di dalam air.
                                     Mengapungkan diri juga ada beberapa cara. Pelajarilah satu atau dua
                                     cara kerana setiap cara itu ada kebaikannya yang tersendiri.
                    Cikgu Zana:      Baiklah, terima kasih, Dr. Tengku kerana sudi memberikan penerangan
                                     tentang panduan belajar berenang.
                    Dr. Tengku:      Sama-sama. Mari, murid-murid, kita belajar berenang.





                                                                                                        251
   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278