Page 28 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 28

Jutawan Sukan








                             1.  Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata,
                                dan ungkapan dengan betulnya mengikut konteks.
                             2.  Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata, dan ungkapan
                                dengan betulnya mengikut konteks yang berbeza.
                             3.  Terokai maklumat lanjut tentang e-sukan dan tulis laporan.



                     E-Sukan

             TEMA 1  E-sukan ialah suatu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan
                    dimainkan dengan penuh semangat kesukanan. E-sukan telah berkembang
                    di serata dunia dan menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di Malaysia, e-sukan
                    semakin popular dan negara kita telah pun melahirkan atlet e-sukan yang berdaya
                    saing pada peringkat antarabangsa. Dalam sesi sembang santai  atlet e-sukan dengan
             Merealisasikan Impian
                    peminat, pelbagai cerita dan rahsia kejayaan mereka berjaya dicungkil.









                                           Jenis Permainan: Multiplayer Online Battle Arena (MOBA).
                                           MOBA ialah permainan dengan misi utama untuk menerobosi
                                           kubu pertahanan dan menghancurkan markas lawan. Selain
                                           kecekapan individu dan semangat kerja berpasukan, daya fikir
                                           yang tinggi diperlukan untuk memperteguh pola pemikiran
                         Chai Yee Fung
                            (Mushi)        dalam merangka strategi yang berkesan. Antara permainan yang
                                           tersenarai sebagai permainan yang paling digemari ialah Defense
                                           of the Ancients 2 (DOTA2).




                        Peminat:  Benarkah atlet e-sukan mampu bergelar jutawan? Apakah
                        komen saudara?
                        Sebenarnya, semakin  besar  pertandingan, wang  terkumpul  yang  ditawarkan
                        juga semakin besar. Ada pertandingan antarabangsa yang menawarkan wang
                        terkumpul yang mencecah puluhan juta ringgit. Oleh itu, memang benarlah
                        bahawa  e-sukan  mampu  menjanakan  pendapatan  yang  lumayan  buat  atlet
                        sehingga mampu bergelar jutawan. Namun, yang lebih penting, atlet e-sukan
                        perlu berdaya tahan dan berdaya maju untuk mencipta nama hingga peringkat
                        antarabangsa seterusnya mengharumkan nama negara.

                  6                                                                                                                                                                                                   7
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33