Page 33 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 33

(Puan Ros secara diam-diam menghampiri mereka
                    untuk mencuri dengar perbualan mereka.)

                    Dahlia:     (Dalam esakan dan suara yang tenggelam
                                timbul) Kawan-kawan ketawakan Lia.
                                (Lia mengangkat muka lalu merenung
                                sayu ke arah papa) Mereka kata … mereka
                                kata, muka Lia dah teruk terkena selaran
                                matahari. Aduhai, malunya Lia!
                    (Encik Aris dan Puan Ros tertawa serentak. Dahlia
                    terkejut lalu berhenti menangis. Mereka tiga beranak
                    tertawa sambil berpelukan.)
                    Puan Ros:  Lia, Lia, Lia! Lia tetap cantik di mata mama
                                dan papa. Sebagai wanita, mama bangga                 Siti Rahmah binti
                                kerana mempunyai puteri cantik yang                    Mohamed Nasir
                                bakal menggoncang dunia dalam bidang              – Olahragawati Kebangsaan
                                yang diminati.                                           2016 (Silat)             TEMA 1
                    Encik Aris:  Bahkan anak perempuan kesayangan
                                papa ini akan kelihatan bertambah cantik
                                di mata semua rakyat Malaysia apabila
                                berdiri di podium. Bayangkan, Lia
                                menjulang Jalur Gemilang seperti atlet
                                kebanggaan kita, Siti Rahmah binti
                                Mohamed  Nasir,  Yap  Khim  Wen,  dan                                             Merealisasikan Impian
                                Sivasangari a/p Subramaniam.
                    Dahlia:     Terima kasih papa, terima kasih mama! Ya,
                                Lia akan buktikan!






















                                                                                        Yap Khim Wen
                                             Sivasangari a/p Subramaniam          – Atlet Tae Kwan Do Negara
                                                 – Atlet Skuasy Negara







                         2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
 10                      4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan   11
                              respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38