Page 32 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 32

Tangan yang


                                   Menggoncang Dunia





                             1.  Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
                             2.  Kemukakan pandangan peribadi anda yang bersesuaian dengan persoalan
                                yang terdapat dalam drama tersebut.
                             3.   Sambung skrip drama ini dan persembahkannya mengikut kreativiti anda.



                                             Bukan Halangan

             TEMA 1  Watak: Encik Aris (papa), Puan Ros (mama), dan Dahlia (anak)

                   Babak 1:
                   Di ruang tamu, Encik Aris, Puan Ros, dan Dahlia sedang serius berbincang.

             Merealisasikan Impian  Puan Ros:  Papa dan mama tak paksa pun. Kami cuma tak mahu Lia buat kerja separuh
                   Dahlia:
                              Tolonglah papa, mama. Lia kata tak mahu, tak mahulah! Papa dan mama
                              janganlah paksa-paksa Lia.

                              jalan. Lagipun, Lia sudah besar panjang. Takkanlah cekur jerangau ada lagi

                              di ubun-ubun.
                   Encik Aris:  Dulu, Lia yang beria-ia hendak mewakili sekolah dalam permainan tenis.

                              Peperiksaan sudah dekatlah, papa. Lia tak mahu tertinggal pelajaran. Kalau gagal
                   Dahlia:    Sekarang sudah terpilih hingga peringkat kebangsaan, kenapa menolak?
                              nanti, siapa yang akan dipersalahkan? Lia juga.
                   Puan Ros:  Bukankah Cikgu Arman kata, kelas tambahan akan diadakan khas untuk Lia?
                   Dahlia:    Mana cukup mama.
                   Encik Aris:  Eh, prestasi Lia dalam peperiksaan baik-baik sahaja papa tengok! Kalau tak
                              cukup, papa boleh carikan guru tuisyen.
                   Dahlia:    Janganlah susah-susah sebab Lia, papa!
                   Puan Ros:  Hairan betul mama. Lia berubah 360 darjah. Semasa pujuk mama dulu, Lia
                              juga yang kata, banyak atlet wanita kita yang berjaya dalam sukan mahupun
                              pelajaran. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Macam-macam peribahasa
                              yang keluar. Sekarang apa sudah jadi?
                   Dahlia:    (Nada merungut) Semasa mama tak izinkan dulu, mama juga yang kata, orang
                              perempuan bersukan sana sini, akhirnya ke ceruk dapur juga.
                   Puan Ros:  (Nada merajuk) Suka hati Lialah. Mama malas campur. Lia fikirlah sendiri.
                   (Puan Ros mengeluh lalu bangun meninggalkan ruang tamu. Lia menyesal kerana membuat
                   mamanya merajuk lalu menangis sambil menekup mukanya.)
                   Encik Aris:  (Bangun dan duduk di sebelah Lia) Cuba Lia beritahu papa, apa
                              sebenarnya yang berlaku? Papa tahu, bermain tenis ialah kebahagiaan
                              buat Lia. Mesti ada sesuatu. Beritahulah papa.


                 10                                                                                                                                                                                                   11
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37