Page 45 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 45

Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia mengetengahkan konsep kepelbagaian
                          budaya  dan  pemuliharaan  alam  sekitar.  Pelaksanaan  aktiviti  pembacaan  dan
                          perbukuan akan disemarakkan di bandar raya Kuala Lumpur berdasarkan lima
                          teras utama, iaitu:
                          •  Penganjuran pelbagai bentuk aktiviti membaca dan pembangunan  infrastruktur
                              berkaitan dengan perbukuan.
                          •  Penganjuran  Pesta  Buku  Antarabangsa  Kuala  Lumpur  sebagai  destinasi
                              perbukuan masyarakat.
                          •  Pembangunan minat membaca dalam kalangan remaja dan kanak-kanak serta
                              kebolehcapaian buku digital.
                          •  Pendidikan sepanjang hayat.
                          •  Mercu tanda dan monumen.








                                                                                                                 TEMA 2





                                                                                                                 Insan Terdidik, Negara Sejahtera












                                                   Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Kuala Lumpur
                                                   sebagai  Kota  Buku  Dunia  ialah  kempen  membaca
                                                   untuk  pengguna  tren  komuter,  program  membaca  di
                                                   perumahan  rakyat,  capaian  digital  untuk  golongan
                                                   kurang upaya, lorong buku, dan kedai buku terbuka.





                                                                 Tahukah anda?



                                                              Perbadanan  Kota  Buku  ditubuhkan  pada
                                                              6 Julai 2011. Kota Buku ialah pusat sehenti
                                                              bagi  menghimpunkan  pembaca,  penulis,
                                                              dan penerbit untuk bertemu dan membantu
                                                              mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang
                                                              berkaitan dengan kegiatan perbukuan.



                       1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.
 22                                                                                                      23
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50