Page 47 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 47

Hadirin dan hadirat sekalian,
                       Hujah saya yang kedua berlandaskan pernyataan bahawa tiada lagi papan tulis apatah lagi
                    papan kapur untuk murid-murid. Bilik darjah masa hadapan memanfaatkan semaksimum
                    mungkin penggunaan papan pintar. Papan ini menggunakan teknologi layar sesentuh yang
                    menjadikan pembelajaran lebih interaktif. Dengan menggunakan pen atau jari, murid dapat
                    mempersembahkan idea dengan menggunakan imej yang dapat digerakkan di layar. Guru
                    pula dapat menayangkan audio dan visual yang berkualiti tinggi. Dengan menggunakan
                    sumber daripada Internet secara terus, tugas guru di bilik darjah tidak lagi terbatas hanya
                    pada buku teks semata-mata.
                       Dua hujah telah saya kupas, menyusul hujah saya yang terakhir, iaitu guru hanya sebagai
                    fasilitator di dalam bilik darjah. Konsep belajar pada masa hadapan memerlukan guru
                    menyediakan banyak pilihan proses pembelajaran yang luwes. Guru tidak lagi menjadi
                    satu-satunya sumber murid untuk mendapatkan maklumat. Guru mestilah berupaya menjadi
                    pembimbing atau pemudah cara kepada murid. Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti
                    yang menggunakan teknologi terkini untuk mencapai objektif pembelajaran. Sebagai contoh,
                    dalam aktiviti mengenai puisi, sekumpulan murid memilih untuk membuat puisi muzikal.
                    Mereka mencari dan menganalisis puisi yang sesuai melalui Internet. Selepas itu, puisi
                    tersebut dipersembahkan dalam bentuk lagu dan disiarkan melalui radio sekolah.               TEMA 2

                    Hadirin dan hadirat yang budiman,
                       Kesimpulannya, dunia pendidikan mengalami perubahan yang pesat sesuai dengan
                    perkembangan dunia dalam era industri 4.0. Oleh yang demikian, para pendidik di negara
                    ini mestilah bersedia untuk menghadapi perubahan ini dengan berfikiran positif. Segala
                    perubahan yang berlaku diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pula diharapkan
                    dapat  melahirkan  rakyat  Malaysia  yang  berpengetahuan  dan  berketerampilan  dalam
                    penggunaan teknologi terkini.                                                                Insan Terdidik, Negara Sejahtera

                    Malam indah bintang berkelipan,
                          Langit cantik di tengah segara;
                    Di bilik darjah masa hadapan,
                          Insan terdidik negara sejahtera.



                       Sekian, terima kasih.





















                       2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
                           kepantasan yang wajar.
                       5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.
 24                                                                                                      25
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52