Page 50 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 50

Kerjaya di Awan Biru



                                                                                               IMBAS SAYA


                              1.  Dengar dan berikan respons berdasarkan bahan dengan mengutamakan
                                 aspek kejelasan, nada, dan kefasihan yang betul.
                              2.  Pilih satu daripada laluan kerjaya dalam bidang industri penerbangan dan
                                 berikan respons anda.
                              3.  Terokai maklumat kerjaya yang lain dalam bidang penerbangan.


                                                Di Sebalik Tabir Pesawat
                   Nurin dan rakan-rakannya telah mengunjungi pameran kerjaya di sebuah universiti. Semasa
                   melawat ke tapak pameran, Nurin telah mengambil sekeping risalah tentang kerjaya dalam
                   bidang penerbangan. Nurin berbincang dengan rakannya tentang maklumat yang terdapat
             TEMA 3  dalam risalah tersebut.


                                                Juruterbang

                    •  Bertanggungjawab untuk mengendalikan pesawat dan memastikan semua
                      aspek keselamatan dipatuhi mengikut Manual Operasi Penerbangan.
             Memetik Bintang  menyemak pelan  penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan
                    •  Memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik di dalam pesawat,

                      angin, dan berat pesawat semasa berlepas, serta keperluan bahan api yang
                      secukupnya untuk penerbangan.
                    •  Menerbangkan pesawat ke destinasi mengikut jadual dan prosedur
                      penerbangan yang ditetapkan.
                    •  Menerima dan melaksanakan arahan pengawal trafik udara dari mula
                      sehingga akhir penerbangan.







                                Tahukah anda?


                                 Di Malaysia, terdapat beberapa institusi
                                 yang menyediakan kursus berkaitan
                                  dengan bidang penerbangan. Para
                                  pelajar lulusan institusi tersebut layak
                                  untuk mengisi peluang kerjaya yang
                                  sangat luas dalam bidang ini.
                                   (Sumber:  Civil Aviation Authority of
                                             Malaysia (CAAM))


                 28                                                                                                                                                                                                   29
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55