Page 51 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 51

Pengawal Trafik Udara


                     •  Memastikan aliran lalu lintas di ruang
                        udara,  landasan,  dan persekitaran
                        lapangan terbang selamat dan teratur.
                     •  Menentukan waktu dan tempat yang tepat
                        untuk setiap pesawat mendarat.
                     •  Memberikan arahan kepada juruterbang
                        menggunakan komunikasi radar untuk
                        memastikan lalu lintas lancar dan selamat.
                     •  Memberikan nasihat berkaitan dengan
                        cuaca atau maklumat lain tentang
                        penerbangan kepada juruterbang.
                     •  Mengesan kedudukan sebenar setiap
                        pesawat menggunakan radar dan
                                                                                                                  TEMA 3
                        teknologi komputer.






                                                                                                                  Memetik Bintang


















                                    Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang

                             •  Menyelenggara  pesawat  dengan  membuat  pemeriksaan  minyak  enjin,  tayar,
                               gear pendaratan, dan bahagian luar badan pesawat.
                             •  Memeriksa alat pemadam api dan jaket keselamatan agar dalam keadaan baik
                               untuk keselamatan kabin penumpang.
                             •  Mengira dan menetapkan jumlah bahan bakar yang diperlukan oleh pesawat
                               untuk penerbangan seterusnya.
                             •  Menyemak buku log teknikal dan membetulkan sebarang masalah yang
                               dilaporkan oleh juruterbang atau kru kabin.


                                                            (Sumber: Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM))

                         1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan
 28                          kefasihan dengan betul.                                                      29
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56