Page 55 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 55

Sang Animator

                                                      Dia terjun ke sungai animasi
                                                      dengan perahu kemahiran
                                                      perisian moden juga terkini.
                                                      Di hujung jari
                                                      dia menghidupkan watak-watak
                                                      memberikan nyawa kepada karakter
                                                      agar hidup di layar cerita.
                                                      Hidupnya paparan aneka warna
                                                      dunia gerakan juga suara
                                                      kesan bunyi menyentap jiwa
                                                      gabungan paparan audio dan visual                           TEMA 3
                                                      serta emosi pelengkap cereka.
                    Kini, kualiti produk animasi      Sang animator
                    tempatan mampu menjadi            insan di sebalik tabir
                    saingan kepada beberapa           kerana dialah
                    nama besar pengeluar animasi      Anak-anak Sidek
                    di dunia. Filem animasi seperti   Usop Sontorian
                    Geng: Pengembaraan Bermula        Bola Kampung                                                Memetik Bintang
                    (Upin dan Ipin) dan BoBoiBoy      Ejen Ali atau Keluang Man
                    the  Movie mula menembusi         Kampung Boy atau BoBoiBoy
                    layar perak. Mutakhir ini, filem   malah Upin dan Ipin
                    animasi dihasilkan dengan         serta Omar dan Hana
                    konsep hiburan 3D, interaktif,    mewarnai alam ria kanak-kanak
                    dan bertaraf antarabangsa. Pada   terus gemerlapan
                    pendapat anda, bagaimanakah       di garis kenangan.
                    prospek kerjaya juruanimasi
                    pada masa hadapan?                Dialah penghidup karakter hero
                                                      mengolah watak-watak tempatan
                                                      mendapat tempat
                                                      di pentas dunia.
                                                      Sang animator, baginya
                                                      senyum tawa para penonton
                                                      dengan keletah penuh ceria
                                                      menjadikan dia bahagia
                                                      buat selamanya.

                                                      Nimoiz T.Y
                                                      Gual Ipoh, Tanah Merah


                         3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan
                              memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.
 32                      4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan   33
                              respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60