Page 57 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 57

Nur Ain Sofia telah memohon untuk menyertai program budaya peringkat antarabangsa.
                     Dia telah dipanggil untuk menjalani temu duga.
                     Nur Ain Sofia:   Selamat sejahtera, tuan dan puan.
                     Penemu duga 1:  Selamat sejahtera. Silakan duduk.
                     Nur Ain Sofia:   Terima kasih, tuan.
                     Penemu duga 2:  Saudari Nur Ain Sofia telah memohon untuk menyertai program budaya
                                     peringkat antarabangsa, betul?
                     Nur Ain Sofia:   Ya, betul, puan.
                     Penemu duga 1:  Boleh jelaskan sedikit tentang latar belakang Saudari Nur Ain Sofia?
                     Nur Ain Sofia:   Saya berusia 16 tahun dan berada dalam Tingkatan 4 Supernova di SMK Seri
                                     Cemerlang. Di sekolah, saya ialah seorang pengawas dan setiausaha Kelab
                                     Seni  Budaya.  Saya  aktif  dalam  aktiviti  seni  budaya  dan  kerap  menyertai
                                     pertandingan pidato.
                     Penemu duga 2:  Mengapakah saudari memohon program budaya peringkat antarabangsa
                                     ini?
                     Nur Ain Sofia:   Saya memohon program ini kerana ingin melihat keunikan dan mengenali
                                     budaya masyarakat di luar negara.                                            TEMA 3
                     Penemu duga 1:  Tadi saudari ada menyatakan hasrat untuk mengenali budaya masyarakat
                                     luar. Boleh saudari terangkan lebih lanjut?
                     Nur Ain Sofia:   Boleh,  tuan.  Sebenarnya,  saya  ingin  melihat  sendiri  keunikan  budaya
                                     masyarakat lain di dunia seperti pakaian dan tarian tradisional mereka.
                                     Pada masa yang sama, saya akan mengambil peluang menonjolkan jati diri
                                     sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budaya.
                     Penemu duga 2:  Boleh saudari jelaskan?                                                      Memetik Bintang
                     Nur Ain Sofia:   Sebagai warganegara yang cinta akan tanah airnya, saya berbangga untuk
                                     memperkenalkan keindahan warisan budaya Malaysia seperti baju kurung
                                     teluk belanga dan tarian zapin.
                     Penemu duga 1:  Wah,  menarik  sekali!  Jika  saudari  terpilih  untuk  menyertai  program  ini,
                                     apakah perkara yang saudari ingin lakukan semasa berada di sana?
                     Nur Ain Sofia:   Selain mengikuti semua aktiviti yang ditetapkan oleh penganjur, saya juga
                                     akan membuat demonstrasi tarian zapin dan permainan tradisional.
                     Penemu duga 2:  Baiklah, terima kasih Saudari Nur Ain Sofia. Selepas ini, sila ke Bilik Temu
                                     Duga 2 untuk ujian bertulis.
                     Nur Ain Sofia :  Terima kasih dan selamat sejahtera, tuan dan puan.




















                         1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang
 34                           pendidikan dan kerjaya dengan yakin.                                        35
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62