Page 61 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 61

Soalan 3
                    Analisis infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, rumuskan maklumat tersurat dan
                    tersirat tentang kadar kebolehpasaran graduan.


                      KEBOLEHPASARAN GRADUAN        Graduan lelaki menunjukkan
                      IPT TEMPATAN                  kebolehpasaran yang lebih
                      80.2%                         Tinggi
                      meningkat 11% dari tahun 2017  daripada graduan wanita      82.3%        78.7%
                             KEBOLEHPASARAN MERUJUK KEPADA GRADUAN BERSTATUS






                         82.3%            15.7%                    4.6%                     1.3%
                          Bekerja     Melanjutkan pengajian  Menunggu penempatan pekerjaan  Meningkatkan kemahiran
                       KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2017-2018
                                            Tahun
                      Kategori Universiti                    Catatan              19.8%                           TEMA 3
                                        2017      2018
                     UA                78.4%     79.3%     meningkat 0.9%      GRADUAN BELUM
                     US                74.9%     75.4%     meningkat 0.5%
                     Politeknik        94.5%     96.1%     meningkat 1.6%            BEKERJA
                     Kolej Komuniti    96.7%     96.6%     menurun  0.1%

                                   (Sumber: https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/5133-
                                            infografik-kebolehpasaran-graduan-tahun-2018)                         Memetik Bintang


                    Soalan 4
                    Baca kedua-dua bahan dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
                    Petikan 1


                                              Faedah Sukan kepada Remaja
                       Kegiatan sukan mendatangkan banyak faedah kepada remaja. Antaranya sukan dapat
                       melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Sebagai
                       contoh, aktiviti sukan seperti berbasikal, mendaki gunung, dan bermain bola sepak
                       akan membantu remaja untuk membina tubuh badan yang sihat, cergas, dan menarik.
                       Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta
                       menyihatkan badan dengan membakar lemak berlebihan dalam badan. Natijah
                       daripada badan yang sihat juga akan melahirkan minda yang cerdas dan mendorong
                       kecemerlangan dalam pelajaran.
                         Selain itu, remaja dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat.
                       Contohnya, remaja dapat memanfaatkan masa lapang dengan melibatkan diri dalam
                       aktiviti sukan seperti tenis, memanah, dan futsal. Remaja yang aktif dalam sukan pasti
                       tidak akan melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat seperti menghabiskan masa
                       lapang dengan menonton televisyen, tidur, atau melepak di pusat beli-belah. Sebaliknya,
                       mereka akan mengisi masa senggang mereka dengan melakukan aktiviti sukan yang
                       digemari bersama rakan-rakan. Impaknya, remaja akan membentuk gaya hidup yang
                       sihat dan terhindar daripada masalah sosial.

 38                                                                                                       39
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66