Page 59 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 59

Alam Kerjaya Terbentang Luas

                    Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) dan
                    Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) telah memberikan peluang kepada anak muda untuk
                    mendapatkan maklumat pekerjaan. Program yang berjalan lancar pada 2 Mac 20  ini
                    menyediakan lebih 3000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
                       Pengerusi Yawam, Encik Muhammad Zaki bin Zahid, mengatakan bahawa program itu
                    turut dijayakan oleh lebih 50 buah organisasi termasuklah syarikat swasta, kementerian,
                    jabatan kerajaan, Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), dan Pusat Latihan
                    Kemahiran Awam (PLKA).
                       Pelbagai aktiviti menarik dan sarat dengan ilmu turut disediakan. Antaranya termasuklah
                    acara senamrobik, program bual bicara bersama panel jemputan, dan uji bakat kerjaya
                    dalam bidang penyiaran bersama RTM, Bernama, dan Radio IKIM. Selain itu, karnival ini
                    turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital
                    pelbagai jenama, dan kaunter kesihatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan
                    kesihatan. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalam
                    pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih.
                       Menerusi program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri pula,                  TEMA 3
                    pengunjung mendapat beberapa tip untuk temu duga, antaranya termasuklah penyediaan
                    resume, kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching, dan etika berpakaian. Bengkel
                    dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel penganjur membolehkan para
                    pengunjung mendapatkan panduan dan latihan temu duga sebagai persediaan untuk temu
                    duga sebenar.
                       Sesungguhnya, karnival kerjaya ini sangat memberikan manfaat kepada para pengunjung.
                    Para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusaha menimba ilmu           Memetik Bintang
                    dengan menghadiri karnival kerjaya ini. Bak kata pepatah Melayu, jika pengayuh sayang
                    dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.




                                               Contoh Borang Penilaian Kendiri
                                                    Tandakan skala di bawah.


                                                  1 - Setuju     2 - Tidak setuju


                                                                   BAHAN A    BAHAN B
                           BIL.               ITEM                        SKALA           ALASAN
                                                                    1     2    1    2
                            1.  Bentuk paparan menarik minat pembaca.
                            2.  Memberikan lebih banyak maklumat.
                            3.  Lebih mudah difahami oleh pembaca.

                            4.  Susunan maklumat mudah dibaca.

                            5.  Memberikan ilmu baharu kepada pembaca.

                         2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul
                              dan tepat.
 36                      5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul    37
                              mengikut konteks.
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64