Page 63 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 63

Sivasangari a/p Subramaniam (Skuasy)
                     •  2011  -  Mendapat Anugerah Atlet Harapan MSSM.
                     •  2014  -  Menjuarai Terbuka Remaja British, Perempuan B15 di Sheffield, England.
                     •  2017  -  Mendapat pingat emas dalam Sukan SEA, Kuala Lumpur (acara Individu dan
                               Beregu Campuran).
                     •  2018  -  Menjuarai  Terbuka Remaja British, Perempuan B19 di Birmingham, England.
                             -  Mendapat pingat emas dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018
                                (Beregu Wanita).
                             -  Mendapat pingat perak dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018
                                (acara Individu).

                    1.   Berdasarkan petikan 1, apakah faedah sukan kepada remaja?
                    2.   Berdasarkan petikan 1, apakah yang dimaksudkan dengan minda yang cerdas?
                    3.   Bagaimanakah kejayaan ikon sukan negara dapat memotivasikan anda?
                    4.   Jelaskan dua impak kejayaan ikon sukan kepada negara.
                    5.   Sejauh manakah aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan atlet pada
                        peringkat kebangsaan dan antarabangsa?                                                    TEMA 3
                    6.   Berdasarkan kedua-dua teks, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang sukan?


                    Soalan 5
                    a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. Anda tidak boleh
                       menambahkan  imbuhan,  menggunakan  perkataan  itu  sebagai  peribahasa  atau kata
                       nama khas.
                        i.   suruhanjaya                        iv.   pengambilalihan                             Memetik Bintang
                       ii.   antarabangsa                       v.   gimrama
                      iii.   mencampuradukkan                  vi.   asbut

                    b.  Baca atur cara di bawah dengan telitinya. Kenal pasti kata akronim yang terdapat dalam
                       bahan dan kategorikan jenisnya.

                                                     MAJLIS PERASMIAN
                              HARI KOKURIKULUM DAN KEUSAHAWANAN SMK INDAH JAYA


                      Tarikh:  27 September 20  
                      Hari:    Rabu
                      Masa:   7:30 pagi
                      Tempat:  Dewan Graha Munsyi (Degram), SMK Indah Jaya


                      Atur cara:
                      7:30 pagi :  Senamrobik
                      8:15 pagi :  Ketibaan tetamu khas
                                 Yang Berbahagia Puan Hajah Fauziah binti Ramli,
                                 Pengerusi, Yayasan Koperasi Bina Cemerlang (KOBILANG)





 40                                                                                                       41
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68