Page 78 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 78

Petua Nenek untuk Sihat








                             1.  Baca bahan dan kategorikan kata nama mengikut golongannya.
                             2.  Bina ayat menggunakan kata nama mengikut konteks.



                                              Herba Jadi Ubat




                          noreen@zmail.com
                         Petua Nenek

             TEMA 4   Apa khabar sahabatku, Noreen? Maafkan saya kerana membuat awak tertunggu-tunggu                                                                                                                        TEMA 4
                   jawapan tentang petua menggunakan herba untuk menjaga kesihatan. Puas saya memujuk
                   nenek untuk berkongsi petua. Setelah seminggu menghabiskan cuti sekolah di rumah
                   nenek, dapatlah juga saya mengumpulkan maklumat tentang petua nenek.
                       Noreen, awak tahu tak bahawa bunga raya berwarna putih boleh dijadikan ubat? Nenek
                     saya menggunakan bunga raya putih sebagai alat tuam untuk merawat bisul dan bengkak.
             Menjulang Harapan di Bumi Bertuah  sama. Nenek memberitahu saya, daun kaduk boleh dijadikan ulam, manakala akarnya                                                                                              Menjulang Harapan di Bumi Bertuah
                   Di sekeliling rumah nenek saya juga ada banyak pokok kaduk. Saya hampir keliru untuk
                   membezakan antara daun kaduk dengan daun sirih kerana rupa bentuknya yang hampir

                   digunakan untuk merawat sakit gigi, batuk, dan kulat pada kaki.

                       Kebetulan, ketika di kampung, saya mengalami cirit-birit. Agak susah juga untuk
                   mendapatkan ubat kerana rumah nenek saya jauh dari bandar. Jadi, nenek juga mengajar
                   saya untuk menggunakan daun dan pucuk senduduk sebagai penawar. Menurut nenek,
                   pucuk dan daun senduduk boleh dimakan untuk mengurangkan cirit-birit, manakala air
                   rebusan akarnya pula boleh melegakan sakit gigi dan mengurangkan kembung perut.
                   Syukur, petua nenek ini berjaya membantu mengurangkan masalah cirit-birit saya.

                       Selain itu, nenek turut berkongsi ilmu untuk membuat minyak urut daripada serai.
                   Minyak serai ini bagus untuk mengurangkan sengal-sengal sendi. Di samping itu, minyak
                   serai juga membantu merawat masalah kelemumur pada rambut dan berfungsi sebagai
                   aromaterapi yang dapat meredakan rasa cemas.
                       Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk awak. Semoga perkongsian cerita
                   ini dapat membantu menambahkan pengetahuan awak tentang penggunaan herba untuk
                   kesihatan. Jumpa lagi!

                   Sahabatmu,
                   Nurul Hayati.





                                                     Minyak
                                                     Serai



                56                                                                                                                                                                                                   PB
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83