Page 82 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 82

Khazanah Hutan Bakau



                              1.  Baca dan teliti bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan
                                 tersebut dengan betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang
                                 Penilaian Kendiri.
                              2.   Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam teks. Kemudian,
                                 bina perenggan dengan kata kerja tak transitif tersebut.
                              3.  Pada pendapat anda, adakah arang kayu bakau masih digunakan pada masa
             TEMA 5              akan datang? Berikan alasan.


                                  Arang Kayu Bakau di Kuala Sepetang

                   Khazanah hutan yang ada di Kuala Sepetang, Perak ialah hutan paya bakau. Hutan ini
             Memacu Produktiviti  Kayu bakau dari hutan ini pula digunakan untuk menghasilkan arang.
                   berfungsi untuk mengawal hakisan pantai dan menjadi habitat beberapa hidupan akuatik.

                      Kayu bakau yang sesuai untuk dijadikan arang ialah kayu bakau kurap dan kayu bakau
                   minyak. Walau bagaimanapun, pengusaha kilang arang kayu bakau tidak boleh sesuka
                   hati menebang pokok bakau untuk dijadikan arang. Mereka perlu menebang pokok bakau
                   mengikut kapasiti yang ditentukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
                      Proses untuk menghasilkan arang kayu bakau ini memerlukan kepakaran tenaga kerja
                   yang unik dan mencabar. Secara ringkasnya, proses pembakaran kayu bakau di dalam
                   dapur yang berbentuk iglu dibahagikan kepada tiga peringkat yang memakan masa
                   kira-kira sebulan. Peringkat pertama bermula dengan pembakaran “api besar” selama
                   sepuluh hari. Peringkat kedua pula pembakaran dengan  “api kecil” selama sepuluh hari
                   lagi. Pada peringkat ketiga, pintu dapur ditutup sepenuhnya selama sepuluh hari untuk
                   proses penyejukan. Peringkat ini merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi
                   bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar hingga menjadi abu.
                      Walau bagaimanapun, tempoh pembakaran kayu bakau mungkin mengambil masa yang
                   lebih daripada 30 hari bergantung pada saiz kayu dan kelembapan persekitaran. Dalam
                   hal ini, kepakaran tukang dapur menghidu bau asap diperlukan. Tukang dapur yang mahir
                   dapat mengetahui kayu bakau yang telah masak atau belum dengan menghidu bau dan
                   menyentuh asap yang keluar pada hari-hari terakhir. Tukang dapur juga perlu memastikan
                   pembakaran dikawal selama 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding
                   dapur. Jika terdapat kebocoran yang tidak disedari, kayu bakau di dalam dapur boleh
                   terbakar sehingga menjadi abu.
                      Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara
                   yang terbaik di dunia dan     Peringkat         Langkah              Keadaan Asap
                   mendapat sambutan tinggi
                   di Jepun, Arab Saudi, dan  Pertama      Pembakaran dengan api besar   Banyak asap putih
                                                           selama sepuluh hari.
                                                                                    dikeluarkan.
                   Korea. Selain menjadi bahan             Pembakaran dengan api kecil   Asap putih yang dikeluarkan
                   bakar, arang digunakan dalam   Kedua    selama sepuluh hari.     semakin kurang.
                   industri pembuatan barangan             Pintu dapur ditutup sepenuhnya
                   kosmetik, bahan pencuci,  Ketiga        untuk proses penyejukan kayu   Asap putih tidak lagi keluar.
                   baja, dan ubat nyamuk.                  arang selama sepuluh hari.


                 60                                                                                                                                                                                                   61
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87