Page 81 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 81

Pelanggan saya berpuas hati dengan rumah yang dibina dengan menggunakan
                        Sistem Binaan Berindustri ini. Kos pembinaan dengan menggunakan
                        sistem ini adalah lebih rendah berbanding dengan menggunakan batu bata.
                        Pelanggan juga tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk menghuni
                        rumah idaman kerana rumah boleh disiapkan dengan lebih cepat. Mereka
                         tidak perlu bimbang dari segi kualiti kerana struktur binaan dengan kaedah ini
                         ringan dan kukuh. Saya juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk
                         menyiapkan sesebuah rumah dengan menggunakan sistem ini.

                         Encik Muhammad Aini bin Othman,                                                          TEMA 5
                         Kontraktor Binaan.




                                                                                                                  Memacu Produktiviti
                                      Saya telah menghuni rumah yang dibina dengan Sistem Binaan
                                     Berindustri ini selama tujuh tahun. Sepanjang saya tinggal
                                     di rumah ini tiada sebarang masalah dengan struktur binaan
                                     seperti keretakan dinding dan kebocoran atap. Saya berpuas hati
                                     dengan reka bentuk binaan rumah yang menggunakan sistem
                                     ini. Kontraktor telah membina rumah ini dengan hasil kerja
                                    yang berkualiti. Saya juga mendapati suasana di dalam rumah
                                    saya lebih senyap. Keadaan dalam rumah juga lebih sejuk. Saya
                                    juga difahamkan bahawa rumah yang dibina dengan kaedah ini
                                    mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap gempa bumi.
                                    Puan Kalaiwani  a/p  S. Balan,
                                   Pemilik Rumah.




                             Sistem Binaan Berindustri telah digunakan dengan meluasnya
                              di negara-negara maju. Di Malaysia, sistem ini telah diperkenalkan
                              dalam industri pembinaan bermula dengan projek perumahan Flat
                              Pekeliling, Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road (Jalan Padang
                               Tembak), Pulau Pinang pada tahun 1966. Matlamat Sistem Binaan
                               Berindustri diperkenalkan di negara ini adalah untuk meningkatkan
                               kualiti bangunan dan kerja, mengurangkan penggunaan buruh asing

                                di tapak projek, serta mempercepat kerja pembinaan.



                                Encik Low Kok Chuan,
                                Ahli Akademik.







                         1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan
 58                          betul dan bermakna.                                                          59
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86