Page 167 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 167
Hukum Linear
Latih Diri 6.3 t
1.2 Graf t melawan x
1. Graf garis lurus penyuaian terbaik dalam rajah di
sebelah menunjukkan nilai-nilai yang diperoleh daripada 1.0
suatu eksperimen yang melibatkan dua pemboleh ubah,
0.8
x dan t. Ungkapkan t dalam sebutan x.
0.6
0.4
0.2
x
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6
2. Jadual berikut menunjukkan nilai-nilai eksperimen bagi dua pemboleh ubah, x dan y.
x 10 20 30 40 50 60
y 16.5 20.0 23.5 27.5 31.5 35.0
(a) Plot graf y melawan x, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada paksi-x dan
2 cm kepada 5 unit pada paksi-y. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
(b) Daripada graf, cari pintasan-y dan kecerunan garis lurus penyuaian terbaik itu.
(c) Tentukan persamaan garis lurus penyuaian terbaik itu.
Mentafsir maklumat berdasarkan garis lurus penyuaian terbaik
Berdasarkan garis lurus penyuaian terbaik, anda boleh membuat ramalan bagi nilai pemboleh BAB 6
ubah x atau y yang tidak terdapat dalam eksperimen tanpa perlu mengulangi eksperimen
tersebut. Jika nilai pemboleh ubah x atau y berada di luar julat titik-titik, anda boleh mencari
nilai pemboleh ubah itu dengan memanjangkan garis lurus yang dilukis atau menentukannya
dengan membentuk persamaan bagi garis lurus itu.
Contoh 5
Jadual berikut menunjukkan data bagi dua pemboleh ubah, x dan log y yang diperoleh
10
daripada suatu eksperimen.
x 0.3 0.4 0.7 0.8 1.0
log y 0.40 0.80 1.04 1.60 1.78 2.20
10
(a) Plot log y melawan x, dengan menggunakan skala 1 cm kepada 0.2 unit pada paksi-x dan
10
1 cm kepada 0.5 unit pada paksi-log y. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
10
(b) Daripada graf, cari nilai
(i) log y apabila x = 0.9,
10
(ii) y apabila x = 0,
(iii) x apabila log y = 2,
10
(iv) x apabila y = 20.
(c) Cari persamaan garis lurus penyuaian terbaik itu.
6.1.3 6.1.4 159

