Page 279 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 279

Pada tahun 1764, Giovanni Rinaldo Carli
                                                                   (1720-1795) yang merupakan ahli ekonomi
                                                                   Itali telah mengira nisbah harga bagi tiga
                                                                   barangan untuk tahun 1500 hingga tahun
                                                                   1750. Purata bagi tiga nisbah harga ini
                                                                   merupakan ukuran perubahan harga yang
                                                                   telah berlaku dalam tempoh 250 tahun. Idea
                                                                   beliau telah menyebabkan nombor indeks
                                                                   digunakan secara meluas sehingga hari ini.

                                                                            Untuk maklumat lanjut:







                                                                               bit.ly/2DGd0W6










                                                                         SIGNIFIKAN BAB INI

                                                                 Secara amnya, nombor indeks digunakan untuk
                                                                 mengukur semua jenis perubahan kuantitatif
                                                                 dalam bidang perindustrian, pertanian,
                                                                 perdagangan dan perkhidmatan. Selain itu,
                                                                 nombor indeks juga penting dalam mengukur
                                                                 magnitud ekonomi seperti pendapatan,
                                                                 pekerjaan, eksport, import, harga dan lain-lain.









                     Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur
                     perubahan   harga   barangan   dan
                     perkhidmatan yang mewakili corak purata       Imbas kod QR ini untuk
                     pembelian oleh sekumpulan penduduk            menonton video mengenai
                     pada tempoh masa yang ditetapkan.             Indeks Harga Pengguna
                     IHP  juga digunakan untuk mengira             (IHP) di Malaysia.
                     kadar inflasi    k  sar  hidup. Selain                                bit.ly/2TawqbE



                     makanan dan minuman, apakah barangan
                     dan perkhidmatan lain yang dibeli oleh
                     isi rumah di Malaysia?
                                                                                                  271
   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284