Page 280 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 280

10.1    Nombor Indeks



                      Mentakrif dan mentafsir nombor indeks

                     Saya beli telefon                                             Saya beli telefon
                     pintar ini dengan                                             pintar yang sama
                    harga RM680 pada                                              tahun ini. Harganya
                       tahun lepas.                                                    RM748.












                 Berdasarkan perbualan di atas, apakah kesimpulan yang dapat
                 dibuat tentang harga telefon pintar pada tahun lepas dan tahun ini?
                 Jika anda dapat menyatakan bahawa terdapat peningkatan harga
                 sebanyak 10%, anda sebenarnya telah membuat perkaitan tentang
                 nombor indeks.
                     Secara umumnya, nombor indeks ialah satu sukatan statistik   Catatan terawal pengiraan
                 yang digunakan untuk mengukur perubahan suatu pemboleh        nombor indeks ialah pada
                 ubah pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun yang   tahun 1750.
                 lain sebagai tahun asas. Asas ini biasanya mengambil nilai 100
                 dan nombor indeks ialah 100 kali nisbah kepada nilai asas ini.
                 Pemboleh ubah boleh terdiri daripada nilai mata wang, harga,
                 produk, penghasilan, kuantiti, pekerjaan dan sebagainya.
                     Terdapat pelbagai jenis nombor indeks dan pengiraannya yang tersendiri. Contohnya:


                  Indeks harga pengguna                          Indeks kematian akibat kemalangan
                                                                 jalan raya
                        Kos pasaran bagi tahun semasa
                  IHP =                             × 100                a
                         Kos pasaran bagi tahun asas             I =            × 10 000
                                                                    ∑Kenderaan
                                                                 a = Jumlah kematian bagi tahun semasa
                                                                 ∑Kenderaan = Jumlah terkumpul
                                                                 kenderaan berdaftar sehingga tahun
                                                                 semasa
                   Indeks kualiti udara
                       I    – I
                   I =   tinggi  rendah   (C – C  ) + I
                      C     – C          rendah  tinggi         Indeks jisim badan
                        tinggi  rendah
                   I = Indeks kualiti udara                     BMI =         Berat (kg)       × 100
          BAB 10   C = Kepekatan pencemar                              Tinggi (cm) × Tinggi (cm)





                  272                                                                      10.1.1  10.1.2
   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285