Page 43 - high performance school_Neat
P. 43
B E R L I A N K U
KHAIRUNNADIAH MOHD YUSOF
Tahun 2014 bermula dan pada masa itu saya masih lagi berada di
Australia atas dasar bercuti dan juga menghadiri majlis konvokesyen
abang sulung saya. Hari persekolahan sepatutnya sudah bermula pada
hari Isnin yang pertama dalam bulan Januari iaitu 6 haribulan, tetapi
masalah bah yang melanda di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
sangatlah menjejaskan segala urusan rakyat Malaysia. Oleh hal yang
demikian, semua pelajar di Malaysia mula menjalankan persekolahan
pada tanggal 12 Januari 2014.
Tarikh ini merupakan hari pertama pelajar yang lahir pada tahun
2002 digelar sebagai “budak sekolah menengah”. Perasaan saya pada
masa itu sangatlah bercampur-baur. Saya berasa gementar, tetapi pada
masa yang sama juga saya sangat teruja! Saya agak bersyukur kerana
segelintir rakan-rakan dari sekolah rendah juga bersekolah di sini,
SMK Iskandar Shah, sekolah idaman kebanyakan pelajar di Daerah Jasin
ini impikan. Jadi, saya tidak perlu terlalu risau untuk memikirkan
bahawa saya akan keseorangan pada masa itu.
Saya memang langsung tidak akan terfikir bahawa suasana di kelas
saya akan menjadi sangat berbeza 180 darjah daripada sekolah rendah.
Hal ini kerana, kelas saya iaitu 1 Berlian yang terdiri daripada 32 orang
pelajar mempunyai jantina yang sama! Semuanya ialah pelajar
perempuan dan tiada seorang pun pelajar lelaki. Walaupun saya sangat
terpegun, namun masih ada secubis perasaan janggal di dalam diri saya
berkenaan dengan suasana pembelajaran yang bakal saya hadapi di
tahun baharu ini kerana saya memang tidak akan menyangka bahawa
saya tidak akan mempunyai rakan sekelas lelaki selama 3 tahun.

