Page 46 - high performance school_Neat
P. 46

Dahulunya, saya ingin cepat-cepat untuk mengakhiri 3 tahun di
    SMKIS ini dan pindah ke sekolah lain kerana tidak tahan dengan kelas

    ini. Tetapi sekarang saya berharap masa akan berdetik dengan lebih
    lambat supaya dapat meluangkan masa lebih lama bersama-sama.

    Walaupun semasa Tingkatan 4 nanti pasti ada yang berpisah, semoga

    semua kisah pahit dan manis bersama ini tidak akan dilupakan. Kelas
    ini sudah mempunyai ruang istimewa di dalam lubuk hati saya dan

    sudah tentunya tiada perkara yang mampu menandingi keistimewaan

    memori yang diluangkan bersama rakan sekelas yang sudah saya
    anggap sebagai kakak kandung saya sendiri. Keluarga besar 3 Berlian,

    terimalah keikhlasan daripada saya, halalkan segala ilmu dan maafkan

    perkara yang pernah saya lakukan tanpa saya sedar menyinggung
    perasaan kamu semua. Saya sangat sayang akan pelajar-pelajar

    Tingkatan 3 Berlian.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51