Page 44 - high performance school_Neat
P. 44

Saya sudahpun menetapkan pemikiran bahawa kelas saya ini akan menjadi sangat

    hebat kerana semuanya pelajar perempuan yang mungkin akan mempunyai haluan
    pemikiran yang sama kerana setiap perempuan pasti akan memikirkan perkara yang

    sama iaitu menjurus ke arah medan kekemasan, kerjasama dan kesungguhan. Maka,
    saya mula memperkenalkan diri saya kepada rakan sekelas baharu saya. Sepanjang

    sesi kami bersama, saya sering menunjukkan sikap saya yang sebenar yang mudah

    untuk bermesra dan bermanja lebih-lebih lagi saya merupakan pelajar yang dianggap
    sebagai ‘adik’ berikutan dengan tarikh kelahiran saya yang sedikit lambat daripada

    yang lain supaya mereka akan menjadi lebih selesa untuk berkawan dengan saya.

    Itulah lumrah saya, kerana saya sememangnya sangat gemar untuk mempunyai rakan
    sahabat. Jadi, saya pun mula merapatkan diri dengan mereka dan yakin bahawa tiada

    apa-apa perkara yang tidak diingini akan berlaku antara kami.



        Akan tetapi, detik demi detik, hari demi hari, semakin banyak tikaman lidah yang

    wujud antara kami. Saya mula menangis akibat tertekan kerana saya sudah tidak
    sanggup untuk berada di dalam kelas itu. Hubungan kami yang mula regang,

    perbalahan yang ada setiap hari menyebabkan saya ingin pindah ke kelas lain yang

    nampaknya lebih mewujudkan suasana yang bahagia, mesra antara setiap ahli di
    dalam kelas walaupun terdapat berbagai jenis kaum dan jantina di dalamnya. Tidak

    seperti kelas kami, minda saya pada masa itu. Masalah yang kecil pun menjadi besar
    kerana wujudnya campur tangan daripada pelajar kelas lain berikutan dengan hampir

    separuh pelajar di dalam kelas saya merupakan pelajar asrama. Jadi apabila

    berlakunya perbalahan yang melibatkan perihal pelajar asrama, mereka pasti akan
    mendapat sokongan daripada rakan asrama mereka. Bagi saya, pelajar yang

    bercampur tangan dalam masalah kelas kami ini ibarat pemadam getah yang ingin

    memadamkan tulisan berdakwat pen, tulisan tak terpadam, kertas makin terkoyak.
    Akhirnya, masalah itu berubah menjadi sangat serius. Lama-kelamaan, hati mula rasa

    benci akan rakan sekelas dan mula membuat tanggapan baharu bahawa setiap urat

    minda dan hati kami ini tidak akan sehaluan
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49