Page 64 - SITI KHAIRUL ATIKAH GB200084 E-PORTFOLIO
P. 64

REFLEKSI PENGAJARAN PELATIH
                     TRAINEE’S TEACHING REFLECTION

                     1.         Bisikan hati

                         Ada  beberapa  orang  murid  yang  masih tidak  dapat  menjawab soalan kemahiran  aras tinggi (KBAT) dengan  baik. Apabila  aktiviti secara


                     berkumpulan dijalankan, murid - murid ini tidak memberi kerjasama yang baik dan bertindak untuk duduk pasif dan membiarkan ahli kumpulan


                     yang  lain  menjawab  bagi pihak  mereka.  Saya  cuba  beberapa kali  cetuskan  idea dan  memberi galakan kepada  mereka untuk terus mencuba.


                     Apabila sesi perbentangan, mereka yang pasif ini bertindak  berdiam diri dan mengelak untuk memberi penerangan dihadapan kelas. Mereka

                     teragak – agak dalam menjawab persoalan yang diutarakan dan tidak kelihatan yakin.


                         Saya  berasa  gembira  melihat  murid  memberi  respon  yang  sangat  baik  dalam  penerangan  graf  pemanasan  haba  dimana  mereka  mampu

                     menyatakan dengan tepat setiap proses yang berlaku pada setiap peringkat pendidihan.





                     2. Menganalisis / Menilai

                         Mereka yang pasif dalam aktiviti kumpulan ini tidak mampu menjawab soalan yang diberikan kerana mereka masih bertukar antara ingin


                     menggunakan formula muatan haba tentu ( Q = mCӨ) atau menggunakan formula haba pendam tentu (Q = mL). Mereka tidak boleh mengingat


                     dengan baik konsep muatan haba tentu = perubahan suhu dan juga haba pendam tentu = perubahan fasa. Ini menyebabkan mereka mempunyai

                     kesulitan dalam menyelesaikan masalah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang melibatkan 2 konsep yang bergabung. Asbab kerana ini,


                     mereka tidak yakin untuk memberi penerangan dihadapan kelas ketika sesi perbentangan.





                     3. Kesedaran baharu

                         Murid  lebih  jelas  jika  dberi  penerangan  dalam  berbentuk  visual.  Bagi  soalan  penyelesaian  masalah,  pelajar  yang  dibimbing  dengan  cara


                     mengeluarkan maklumat daripada soalan dan menggariskan kata kunci dapat membuat soalan yang diberikan dengan baik. Mereka lebih mudah
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69