Page 65 - SITI KHAIRUL ATIKAH GB200084 E-PORTFOLIO
P. 65

REFLEKSI PENGAJARAN PELATIH
 TRAINEE’S TEACHING REFLECTION

 1.   Bisikan hati

 Ada  beberapa  orang murid  yang  masih tidak  dapat  menjawab soalan  kemahiran  aras tinggi (KBAT) dengan  baik. Apabila  aktiviti secara


 berkumpulan dijalankan, murid - murid ini tidak memberi kerjasama yang baik dan bertindak untuk duduk pasif dan membiarkan ahli kumpulan


 yang  lain  menjawab  bagi pihak  mereka.  Saya  cuba  beberapa kali  cetuskan  idea dan  memberi galakan kepada  mereka untuk terus mencuba.


 Apabila sesi perbentangan, mereka yang pasif ini bertindak  berdiam diri dan  mengelak untuk memberi penerangan dihadapan kelas. Mereka

 teragak – agak dalam menjawab persoalan yang diutarakan dan tidak kelihatan yakin.


 Saya  berasa  gembira  melihat  murid  memberi  respon  yang  sangat  baik  dalam  penerangan  graf  pemanasan  haba  dimana  mereka  mampu

 menyatakan dengan tepat setiap proses yang berlaku pada setiap peringkat pendidihan.





 2. Menganalisis / Menilai

 Mereka yang pasif dalam aktiviti kumpulan ini tidak mampu menjawab soalan yang diberikan kerana mereka masih bertukar antara ingin


 menggunakan formula muatan haba tentu ( Q = mCӨ) atau menggunakan formula haba pendam tentu (Q = mL). Mereka tidak boleh mengingat


 dengan baik konsep muatan haba tentu = perubahan suhu dan juga haba pendam tentu = perubahan fasa. Ini menyebabkan mereka mempunyai

 kesulitan dalam menyelesaikan masalah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang melibatkan 2 konsep yang bergabung. Asbab kerana ini,


 mereka tidak yakin untuk memberi penerangan dihadapan kelas ketika sesi perbentangan.





 3. Kesedaran baharu

 Murid  lebih  jelas  jika  dberi  penerangan  dalam  berbentuk  visual.  Bagi  soalan  penyelesaian  masalah,  pelajar  yang  dibimbing  dengan  cara


 mengeluarkan maklumat daripada soalan dan menggariskan kata kunci dapat membuat soalan yang diberikan dengan baik. Mereka lebih mudah
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70