Page 37 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 37

HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
                               HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©


                       PENGURUSAN SEMESDI                                                     2020

                                        PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
                                              GURU BERTUGAS MINGGUAN

               1.     Guru  bertugas hendaklah datang  ke  sekolah  sekurang-kurangnya  15  minit  sebelum

                      persekolahan  bermula  dan  balik/pulang  15  minit  selepas  waktu  kelas  persediaan
                      petang.
               2.     Ketua  Guru  Bertugas  Mingguan  hendaklah  menentukan  agihan  tugas  untuk  ahli
                      kumpulannya.
               3.     Membantu  Pihak  Pengurusan  membuat  pengawasan  menyeluruh  terhadap  murid-
                      murid.  Memastikan  murid  menepati  waktu  datang  sekolah  dan  balik  dari  sekolah,
                      waktu rehat dan masa pertukaran guru dan mengambil tindakan segera jika perlu.
               4.     Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
                      sekolah.
               5.     Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta
                      benda sekolah.
               6.     Mengumum  serta  menyebarkan  maklumat  dan  arahan-arahan  kepada  guru  dan

                      murid (jika perlu).
               7.     Mengurus  penghantaran/  rawatan  murid  ke  hospital  jika  berlaku  kecemasan  di
                      sekolah.
               8.     Menyediakan laporan lengkap dalam Buku Laporan Guru Bertugas setiap hari.
               9.     Mengatur  dan  mengendalikan  perhimpunan  rasmi  sekolah  bersama  dengan  Badan
                      Pengawas. Waktu Perhimpunan adalah waktu persekolahan. Oleh itu, waktu tersebut
                      hendaklah dikendalikan dengan mengikut protokol majlis rasmi.

                      9.1     Perhimpunan Mingguan (Ahad): 7.30-8.00 pagi
                              9.1.1  Minggu pertama dan ketiga - perhimpunan rasmi
                              9.1.2  Minggu kedua - perhimpunan mengikut tingkatan
                              9.1.3  Minggu keempat- perjumpaan mentor-mentee
                      9.2     Perhimpunan Kokurikulum/Perjumpaan Rumah (Selasa): 7.30- 8.00pagi
                      9.3     Perhimpunan Pagi/ Harian (Isnin, Rabu dan Khamis): 7.00 -7.15 pagi di asrama



















                                                                                                               35
                   “SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN”   “Sains Dungun Is Always A Step Forward”
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42