Page 35 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 35
HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
PENGURUSAN SEMESDI 2020
25. GURU BERTUGAS HARIAN
25.1 Tanggungjawab guru bertugas harian antara lain :-
i) Membuat rondaan ke bangunan dan kawasan sekolah. Memberikan
laporan tentang pemerhatian dan kebersihan sekolah serta cadangan
untuk menambahbaik keadaan persekitaran sekolah.
ii) Mencatat laporan dan butiran yang dikehendaki di dalam Buku
Laporan Bertugas dan dimaklumkan semasa perhimpunan mingguan.
iii) Bertanggungjawab mengatur dan menjaga tatatertib murid semasa
perhimpunan dan rehat.
iv) Waktu bertugas rasmi adalah semasa sesi persekolahan dan kelas
persediaan petang.
v) Pastikan bahawa peraturan dan undang undang sekolah dipatuhi oleh
semua murid.
vi) Membuat pemantauan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas.
26. MALAPETAKA/BENCANA ALAM
26.1 Sekiranya hari persekolahan tidak dapat dilaksanakan kerana
malapetaka/bencana alam seperti banjir, gempa bumi, darurat dan lain-lain,
guru-guru hendaklah datang seperti biasa. Hari sebegini tidak boleh dianggap
sebagai hari cuti sekolah kecuali pernyataan rasmi dikeluarkan.
26.2 Guru atau anggota kumpulan pelaksana yang terkandas akibat bencana alam
hendaklah melapor diri di sekolah yang paling hampir dengan tempat bertugas
atau Pejabat Pendidikan Daerah.
27. PERHIMPUNAN BULANAN
27.1 Perhimpunan melibatkan semua guru dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP)
27.2 Diadakan setiap hari Khamis minggu ke empat (2 bulan sekali)
27.3 Pada pukul 3.00 - 4.00 petang
27.4 Pelaksanaan perhimpunan diuruskan oleh Bidang dan PKP (Rujuk Takwim)
27.5 Tentatif majlis:
- Nyanyian Lagu Negaraku dan JPA
- Doa dan Tazkirah
- Bacaan Ikrar dan Aku Janji
- Ucapan Pengetua
- Penyampaian sijil dan hadiah
33
“SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN” “Sains Dungun Is Always A Step Forward”

