Page 34 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 34

HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
                               HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©


                       PENGURUSAN SEMESDI                                                     2020

               20.     SUKATAN PENGAJARAN DAN RANCANGAN TAHUNAN.

                        20.1   Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan hendaklah dipatuhi.
                        20.2   Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan hendaklah disediakan di dalam e-
                               Rekod Persediaan Mengajar

               21.     TATATERTIB

                        21.1   Guru adalah role model bagi murid.
                        21.2   Semua guru bertanggungjawab terhadap disiplin murid semasa di dalam dan
                               di luar bilik darjah (Pekeliling Ikhtisas bil 10/2001)
                        21.3   Setiap guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan.
                        21.4   Guru perlu membaca dan memahami peraturan sekolah.
                        21.5   Guru perlu  mengambil  tindakan  sewajarnya  kepada  murid  yang  melanggar
                               peraturan sekolah.

               22.     LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

                        22.1   Guru mata pelajaran Sains, KHB, PSV, ICT dan PJPK hendaklah mempamerkan
                               langkah-langkah  keselamatan  yang  mesti  dipatuhi  oleh  semua  murid  dan
                               guru.
                        22.2   Guru hendaklah mengawasi murid apabila :-
                               i)    Mengambil peralatan senaman.
                               ii)   Bersukan dan bermain di padang.
                               iii)   Menjalankan kerja-kerja amali.
                               iv)   Kerja-kerja lain yang memerlukan pengawasan rapi.
                        22.3   Langkah keselamatan dan mengelakkan kemalangan perlu diberi keutamaan.
                        22.4   Jika berlaku kemalangan, laporkan kepada Guru Bertugas Harian, Penolong
                               Kanan HEM dan Pengetua dan memaklumkan segera kepada ibu bapa atau
                               penjaga serta uruskan penghantaran ke klinik atau hospital.

               23.     LANGKAH BERJIMAT CERMAT

                        23.1   Langkah berjimat cermat perlulah menjadi amalan warga sekolah.


               24.     TUGAS-TUGAS DALAM KELAS

                        24.1   Guru perlu tepati masa mula dan akhir pengajaran bagi sesebuah kelas.
                        24.2   Pastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar.
                        24.3   Masa ganti (relief period) - bukan waktu bebas tetapi waktu pembelajaran
                               dan  guru  hendaklah  menyampaikan  pelajaran  yang  memberikan  manfaat
                               kepada murid-murid.
                        24.4   Pemeriksaan buku latihan tidak dilakukan di dalam kelas kecuali bagi tujuan
                               pertolongan kepada murid-murid.
                        24.5   Guru  dilarang  membuat  urusan  yang  tidak  ada  hubungan  dengan  kerja
                               sekolah pada masa persekolahan.
                        24.6   Ibu bapa /Penjaga tidak dibenarkan masuk ke kelas semasa PdP.
                        24.7   Guru  yang  mengajar  pada  masa  akhir  perlu  bersama-sama  murid  ketika
                               bacaan doa.


                                                                                                               32
                   “SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN”   “Sains Dungun Is Always A Step Forward”
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39