Page 32 - e-BUKU PENGURUSAN SEMESDI 2020
P. 32

HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©
                               HAK CIPTA TERPELIHARA SM SAINS DUNGUN©


                       PENGURUSAN SEMESDI                                                     2020



               13.     MEMBELI BARANGAN ATAU ALATAN

                        13.1   Guru yang hendak membeli barangan atau alatan mesti memohon kelulusan
                               Pengetua dengan menggunakan borang Nota Minta yang boleh didapati di
                               pejabat sekolah.
                        13.2   Borang Nota Minta mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Bidang atau
                               Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
                        13.3   Setelah  mendapat  kelulusan  daripada  Pengetua,  guru  hendaklah
                               mendapatkan  Borang  Pesanan  Tempatan  (LO)  daripada  Pembantu  Tadbir
                               Kewangan untuk membeli barangan atau alatan.
                        13.4   Segala  invois  mesti  ditandatangani  oleh  guru  yang  menerima  barang  dan
                               direkodkan dengan  kemas  ke  dalam  buku  stok  dalam  tempoh  14 hari dari
                               tarikh penerimaan barang.

               14.     PERHIMPUNAN DAN ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

                        14.1   Semua  guru  diwajibkan  menghadiri  perhimpunan  mingguan,  harian  serta
                               acara rasmi sebagaimana yang telah ditetapkan.
                        14.2   Guru hendaklah memakai blazer atau kot, bertali leher (lelaki) dan memakai
                               tanda nama serta berpakaian mengikut etika.
                        14.3   Guru Bertugas memastikan perhimpunan dilaksanakan dengan lancar.
                        14.4   Murid dikehendaki membawa pen dan buku catatan, berpakaian kemas dan
                               lengkap.
                        14.5   Laporan  perhimpunan  hendaklah  ditulis  oleh  guru  bertugas  dalam  Buku
                               Laporan Bertugas.

               15.     MESYUARAT GURU

                        15.1   Semua guru mestilah menghadiri mesyuarat guru dan mesyuarat-mesyuarat
                               yang ditetapkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.

               16.     PIBG

                        16.1   Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana secara automatik menjadi ahli
                               PIBG sekolah.
                        16.2   Jumlah sumbangan PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG.
                        16.3   Aktiviti PIBG tertakluk kepada perlembagaan PIBG.

               17.     KUNCI BILIK KHAS

                        17.1   Semua salinan kunci hendaklah disimpan di pejabat.
                        17.2   Sekiranya guru hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mesti mendapat
                               kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya
                               terhadap keselamatan dan kecurian bilik tersebut.






                                                                                                               30
                   “SAINS DUNGUN SENTIASA DI DEPAN”   “Sains Dungun Is Always A Step Forward”
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37