Page 36 - bm tahun 6 1
P. 36
Setelah selesai rawatan, Izzah dan
ayahnya membawa datuknya berjumpa
dengan doktor. Doktor tersebut menerangkan
cara rawatan hidroterapi. Menurut beliau,
rawatan itu boleh dilakukan di hospital tertentu
atau pusat perkhidmatan fisioterapi swasta.
Izzah bertuah kerana dapat mengetahui
maklumat tentang rawatan fisioterapi. Dia
sedar bahawa petugas kesihatan mempunyai
tanggungjawab yang besar.
senaman pasif rawatan hidroterapi
Info
Jurupulih anggota juga
dikenali sebagai Pegawai
Pemulihan Perubatan
Fisioterapi dan Jurupulih
terapi manipulasi tisu lembut
Perubatan Fisioterapi.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Aktiviti
Baca teks. Kemudian, rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna,
sebutan, ejaan, dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks.
2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan,
dan penggunaan perkataan yang tepat. 27
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis − Mengesan
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab

