Page 35 - bm tahun 6 1
P. 35
Membaca
Rawatan Fisioterapi
Rawatan Fisioterapi
Izzah dan ayahnya, Encik Faizal, menemani datuknya membuat rawatan
fisioterapi di hospital.
Izzah menolak kerusi roda datuknya. Datuknya
akan menjalani proses rehabilitasi untuk
merawat penyakit saraf. Rawatan fisioterapi
ini akan dijalankan oleh jurupulih anggota yang
terlatih.
Datuk Izzah dirawat menggunakan alatan
elektroterapi, iaitu mesin shockwave therapy.
Jurupulih anggota itu membaca manual alatan
sebelum memulakan rawatan. Rawatan itu
mesin shockwave therapy
telah mengurangkan kesakitan datuknya.
Jurupulih anggota juga menggunakan alat
terapi ultrabunyi untuk mengesan tindak balas
saraf datuk Izzah.
Di bilik lain, Izzah melihat beberapa orang
jurupulih anggota memberikan rawatan
senaman terapeutik kepada pesakit. Pesakit
dibantu untuk melakukan pergerakan ringan
dan berintangan. Terdapat juga pesakit yang
alat terapi ultrabunyi diberi rawatan terapi manual seperti terapi
manipulasi tisu lembut. Pesakit yang tidak
mampu bergerak dibantu untuk melakukan
senaman pasif.
26

