Page 95 - bm tahun 6 1
P. 95

Tatabahasa
                                       Balai Raya Muhibah
                                       Balai Raya Muhibah
           Sebagai setiausaha persatuan penduduk, bapa Izzah telah menulis sepucuk
           surat untuk memohon sumbangan kewangan.
           Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya,
           234, Jalan Mengkuang,
           31200 Ipoh,
           PERAK DARUL RIDZUAN.
           ___________________________________________________________________________
           Pengarah Urusan,
           Syarikat Limau Kesturi,
           Jalan Merah Saga,
           31200 Ipoh,
           PERAK DARUL RIDZUAN.                                                     15 MEI 20    .
           Tuan,
           Permohonan Sumbangan Kewangan Pembinaan Balai Raya Muhibah

           Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
           2.     Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Idaman
           Jaya berhasrat untuk membina sebuah balai raya. Kemudahan ini akan dibina di tanah
           wakaf, hak milik seorang penduduk tempatan. Beliau yang berjiwa besar berharap agar
           pembinaannya dapat memperkukuh semangat perpaduan.
           3.     Pihak persatuan memerlukan balai raya ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti
           perpaduan yang melibatkan pelbagai kaum. Antaranya termasuklah mesyuarat, rumah
           terbuka hari perayaan, dan urus niaga persatuan.
           4.     Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan bermurah hati untuk menghulurkan
           sumbangan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan pihak
           urus setia pembinaan balai raya, Encik Ismail bin Zakaria, melalui talian 012-3456789.

           Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahulukan
           ucapan terima kasih.

           Sekian.
                                                            Munsyi Cilik
           Yang benar,
           Faizal                                       Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
                                                        (i)   kata majmuk rangkai kata bebas
           (FAIZAL BIN OSMAN)                                Contoh: alat tulis, biru laut, jam tangan
           Setiausaha,                                  (ii)  kata majmuk istilah khusus
           Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya.           Contoh: darah panas, segi tiga, urus setia
                                                        (iii) kata majmuk kiasan
                                                           Contoh: kaki ayam, buah tangan, manis mulut
                Aktiviti
           Senaraikan pelbagai kata majmuk yang terdapat dalam surat. Kemudian,
           bercerita dengan menggunakan kata tersebut.
                     Nota Guru
                          •  Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata majmuk.
                   5.2.2  •  Bimbing murid membuat persembahan cerita dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.
           86               Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual                KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                            EMK: Nilai Murni – Murah hati       PAK-21: Persembahan
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100