Page 94 - bm tahun 6 1
P. 94

Seni Bahasa

                                            Hidup Harmoni
                                            Hidup Harmoni
                                                                                   Format berbalas pantun
             Persatuan Bahasa Melayu SK Seri Permai menganjurkan Hari Puisi. Pada hari
             tersebut, terdapat acara berbalas pantun yang bertemakan perpaduan.

              Buah delima manis terasa,                     Ke kota lama di hujung desa,
                Di dalam peti di tepi pintu;                  Bersama teman menjelang Sabtu;
              Kita tak sama budaya bangsa,                  Walau tak sama budaya bangsa,
                Mengapakah mesti hidup bersatu?               Demi keamanan mesti bersatu.



              Pakai terendak meskipun redup,                Mengelek buyung ke tepi terusan,
                Ditutup tingkap hendak berjalan;              Setelah lama penat terasa;
              Jika hendak muhibah hidup,                    Bergotong-royong segala urusan,
                Apakah sikap menjadi amalan?                  Bekerjasama sepanjang masa.


              Anak dara menangkap kelisa,                   Nasi lemuni beli di kota,
                Di Tasik Bera dengan joran;                   Makan berempat elok berpakat;
              Dalam negara berbilang bangsa,                Kekal harmoni sesama kita,
                Bagaimanakah cara hidup berjiran?             Jiran sepakat membawa berkat.










         C      B           A
                                                                                   1         2      3

















                 Aktiviti

             Persembahkan pantun dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.

                 Nota Guru
                      • Bimbing murid mempersembahkan acara berbalas pantun dengan penuh penghayatan dan
              4.2.2    gaya bahasa.
                        Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik      KBAT: Mengaplikasi – Mempersembahkan         85
                       EMK: Nilai Murni – Perpaduan
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99