Page 170 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 170

(b) Ekonomi


                  Masyarakat pada masa ini juga melakukan kegiatan ekonomi yang berbeza, khususnya
                  di beberapa buah negeri dan kawasan di Tanah Arab. Kegiatan utama adalah dalam bidang
                  pertanian dan perdagangan.

                    Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.
                     Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung pada hujan.
                    Sekoi dan padi juga diusahakan di beberapa tempat di Oman. Kemenyan pula merupakan
                     tanaman berharga yang dihasilkan di Hadramaut dan Mahra.
                     Dalam  kalangan  kaum  Badwi,  terdapat  masyarakatnya  yang  menternak  secara
                     nomad.   Antara  binatang  ternakan  termasuklah  unta,  kambing  dan  biri-biri.  Mereka
                     berpindah-randah untuk mencari rumput dan air bagi binatang ternakan.
                     Terdapat juga kaum Badwi yang mengamalkan sistem tukar barang. Mereka menukarkan
                     binatang ternakan dan hasil ternakan dengan barang keperluan mereka, seperti pakaian
                     dan kurma.
                     Dalam kalangan kaum Hadhari pula terdapat sesetengah daripada mereka yang keluar
                     berdagang secara kafilah.
                     Pada peringkat awalnya, masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut
                     dan India, serta membawanya juga ke Syam dan Mesir.
                     Sejak abad keenam Masihi, masyarakat Hijaz pula menjadikan Makkah sebagai pusat
                     dagangan yang baharu. Penduduk Hijaz pula membeli barang dari Yaman dan Habsyah
                     lalu menjualkannya di Syam dan Mesir.
                     Ketika itu, laluan perdagangan merentasi benua yang dikenali sebagai Laluan Sutera
                     telah menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
                     Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan
                     riba dan menipu timbangan.




                                                                             Glosari

                                                                        Kafilah: rombongan pengembara
                                                                        atau pedagang yang membawa
                                                                        barang dagangan merentasi
                                                                        padang pasir.


                  Ilustrasi kegiatan perdagangan di Semenanjung Tanah Arab.         Cerna Minda
                  (Sumber: Mokhtar Moktefi, The Rise of Islam, Paris: Silver Burdett Press,
                  1985, hlm. 12)
                                                                                Apakah kesan buruk jika
                                                                                hanya mengamalkan
                     Aktiviti
                                                                                sikap mementingkan
                  Secara berkumpulan, dapatkan maklumat tentang                 keuntungan semata-mata
                  rombongan perdagangan kafilah.                                dalam perniagaan?


                 162
                 162
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175