Page 171 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 171

(c) Sosial


                    Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab dapat dilihat dari dua
                    sudut, iaitu agama dan kepercayaan, serta adat dan kehidupan seharian mereka.


                    Agama dan kepercayaan

                    Wathani
                     Mereka menyembah berhala. Antaranya termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan
                       Hubal. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah.
                    Majusi
                     Mereka menyembah api. Agama ini berasal dari negeri Parsi. Kebanyakan penganut
                       agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain kerana kawasan ini dipengaruhi oleh
                       Parsi.
                    Yahudi
                     Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab.
                    Nasrani
                      Agama ini juga dianuti oleh Bani  Israel.  Agama ini dikembangkan
                       di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan Hirah.
                    Animisme
                      Terdapat juga masyarakat yang mengamalkan  kepercayaan  animisme.  Mereka
                       percaya kepada roh dan kuasa ghaib.
                    Hunafa’
                     Ketika ini juga masih terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh
                       Nabi Ibrahim AS.



                                                     Cerna Minda

                                                  Nyatakan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam
                                                  masyarakat Arab Jahiliah.


                    Adat dan kehidupan seharian

                      Terdapat masyarakat yang menilik nasib untuk meramal masa depan mereka. Sebelum
                      melakukan  sesuatu  perjalanan  atau  pekerjaan,  mereka akan memerhati keadaan
                      sekeliling bagi menentukan nasib yang akan menimpa sama ada baik atau buruk.
                       Mereka juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
                      Dalam kehidupan seharian pula, mereka memandang rendah kepada kaum
                      wanita dan memberikan penghormatan yang lebih kepada anak lelaki.
                     Mereka hidup dalam kemaksiatan, seperti berjudi, berzina, meminum arak  dan
                      bersifat angkuh.


                                                                                                        163
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176