Page 172 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 172

Hamba juga dipandang hina dan mempunyai  status  terendah  dalam  kalangan
                     masyarakat.
                     Namun begitu,  terdapat sikap yang  baik  dalam kalangan  masyarakat  Arab ketika
                     ini, seperti sering memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan
                     menjaga kehormatan diri.
                     Mereka sanggup menghadapi kesukaran
                     dengan kegigihan.  Malahan mereka sanggup
                     mengorbankan kepentingan diri sendiri
                     untuk tetamu, golongan miskin  dan  lemah.
                     Contohnya,  mereka  akan  memasang  api
                     di tempat tinggi bagi membantu pengembara
                     yang sesat.  Apabila seseorang itu
                     meminta bantuan sesuatu kaum, maka
                     menjadi tanggungjawab kaum tersebut
                     melindunginya.
                     Sebilangan  kecil  masyarakat  Arab ketika
                     itu tahu bersyair, bersajak dan berpidato.
                     Karya yang dianggap bermutu akan dibaca
                     dalam  temasya-temasya  tahunan di Pasar
                     Ukaz dan digantung di Kaabah.
                                                                 Ilustrasi masyarakat Arab bersyair di Pasar Ukaz.
                                                                 (Sumber: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar Jilid 5,
                                                                 Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd. dan
                                                                 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2003, hlm. 74)



                  Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab mengamalkan pelbagai corak kehidupan. Dari
                  sudut politik, masyarakat Arab mempunyai sistem pemerintahan berasaskan sistem kabilah,
                  manakala dari sudut ekonomi, kegiatan utama mereka ialah pertanian dan perdagangan.
                  Dari aspek sosial pula mereka mengamalkan kepelbagaian amalan dan adat yang diwarisi
                  turun  temurun.  Zaman  Jahiliah  berakhir  apabila  tersebarnya  agama  Islam  yang  telah
                  memberikan kesan bukan sahaja terhadap masyarakat setempat tetapi dunia seluruhnya.



                        Glosari

                  Wahyu: firman (kalam) Allah SWT yang           Apakah kesan terhadap masyarakat
                  dibacakan kepada Nabi dan Rasul-Nya yang       kini sekiranya amalan negatif masyarakat
                  disampaikan oleh malaikat (Jibril).            Jahiliah berterusan?




                            Aktiviti

                       Hasilkan peta minda untuk menggambarkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab
                       sebelum kedatangan Islam.


                 164
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177