Page 173 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 173

Kemunculan dan Perkembangan
                       8.2
                                     Tamadun Islam


                    Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama
                    dalam membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari sudut akhlak, akidah dan syariah.
                    Baginda dilahirkan daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy pada
                    12  Rabiulawal  Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M. Ayahanda baginda bernama
                    Abdullah bin Abdul Muttalib, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab. Abdullah
                    merupakan peniaga yang sering berulang alik dari Makkah ke Syam.


                    Abdullah meninggal dunia      Selepas dua tahun, datuknya      Baginda juga menjalankan


                                                                     46
                    ketika Nabi Muhammad          meninggal dunia. Baginda        perniagaan milik Siti          168
                                                                                                  145
                                                                                     100
                                                    Kulit
                    SAW masih di dalam            dipelihara oleh Abu Talib,      Khadijah. Sifat amanah
                    kandungan ibunya. Ketika      bapa saudaranya. Baginda        dan budi pekerti yang baik
                    berusia enam tahun, baginda   juga pernah berniaga            ketika berurus niaga telah
                    kematian ibunya dan           sehingga ke Syam dan            menimbulkan rasa hormat
                    dipelihara oleh datuknya,     berniaga  di sekitar  kota      Khadijah kepada baginda
                    Abdul Muttalib.               Makkah.                         sehingga membawa kepada        180

                                                                                                  146
                                                                                     102
                                                    viii             48           perkahwinan mereka.
                    Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin
                    Agama Islam
                    Detik permulaan  Tamadun Islam dalam sejarah                     108          147

                                                                     65
                                                    13
                    perkembangan  tamadun  manusia  ialah  peristiwa
                    penerimaan  wahyu pertama oleh Nabi Muhammad
                    SAW di Gua Hira’ pada hari Isnin, 17 Ramadan
                    bersamaan 6 Ogos 610 M.  Wahyu pertama
                    daripada  Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5) bermula       Gua Hira’, Makkah.

                    dengan perkataan Iqra’ (bacalah).  Membaca dan          (Sumber: Sami bin Abdullah Al-Maghluts, Atlas

                                                                                                  161

                                                                                     128
                                                    13 IPIM
                                                                     77
                    menulis  merupakan  asas ilmu  pengetahuan  untuk       Rasulullah SAW, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.,
                                                                            2014, hlm. 98)
                    melahirkan tamadun. Berbekalkan semangat “Iqra”
                    inilah  Tamadun Islam berkembang dan maju.                               Nabi
                        Seterusnya,  wahyu  kedua,  Surah  al-Mudassir                 Muhammad
                    (ayat 1hingga 7) diturunkan kepada Nabi Muhammad                 130     SAW


                                                                     95
                                                    30
                    SAW yang merupakan pengisytiharan Nabi                         Glosari        165
                    Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk
                    menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.        Akhlak: budi pekerti.
                                                                             Akidah: keimanan yang diyakini.
                                                                             Syariah: hukum Islam.
                         Aktiviti: i-Think          30 YOU TUBE      98              142          167
                     Hasilkan peta alir tentang susur galur riwayat hidup Nabi Muhammad SAW
                     bermula daripada kelahiran baginda sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah.
                                                                                                        165
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178