Page 186 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 186

Sosial

                  Sumbangan  Tamadun Islam dalam bidang sosial adalah luas dan kekal hingga sekarang.
                  Hal ini terbukti dalam pelbagai aspek seperti mengangkat kedudukan wanita, memajukan
                  penyelidikan saintifik, memesatkan kegiatan intelektual dan kemunculan ilmuan Islam.


                  Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita
                  Kedatangan Islam telah mengangkat martabat dan memuliakan kedudukan wanita. Wanita
                  mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan menghadiri majlis ilmu. Siti ‘Aisyah
                  binti Abu Bakar as-Siddiq, merupakan contoh wanita yang luas ilmunya sehingga menjadi
                  periwayat hadis serta  tempat bertanya kaum wanita serta para sahabat tentang permasalahan
                  hukum agama. Begitu juga dengan Shafiah binti Abdul Muthalib yang keluar berperang
                  bersama-sama kaum wanita Madinah untuk membantu memberikan minuman dan merawat
                  tentera yang tercedera dalam Perang Uhud.



                  Teknik penyelidikan
                  saintifik

                  Perkembangan penyelidikan
                  bidang sains dan teknologi
                  dalam  Tamadun Islam telah
                  membantu perkembangan
                  industri pengeluaran barangan,
                  seperti  industri  kertas  yang
                  kemudiannya diperkenalkan
                  di Itali,  Perancis dan negara
                  Eropah lain. Begitu juga
                  dalam kaedah penyelidikan
                  pertanian, seperti sistem
                  pengairan, pemilihan benih                                    Teknik membuat kertas dengan
                  dan baja yang bermutu telah     Teknik cantuman untuk         menggunakan campuran kain
                                                  menghasilkan pelbagai bunga
                  membawa kemajuan dalam          dan buah.                     linen, pisang tali (hem) dan kapas.
                  Tamadun Islam. Penyelidikan                                   (Sumber: Mokhtar Moktefi, The Rise of
                  saintifik  juga  berlaku  dalam   (Sumber: Mokhtar Moktefi, The Rise of   Islam, Paris: Silver Burdett Press, 1985,
                                                  Islam, Paris: Silver Burdett Press, 1985,
                  bidang astronomi, fizik,        hlm. 29)                      hlm. 55)
                  perubatan dan kimia.





                        Cerna Minda
                    Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Islam ketika itu memberikan tumpuan
                    dalam penyelidikan bidang pertanian?



                 178
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191