Page 182 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 182

Sumbangan Tamadun Islam
                     8.4
                                   kepada Dunia



                  Tamadun  Islam  memberikan  sumbangan  yang  besar  terhadap  perkembangan  tamadun
                  dunia. Hal ini demikian  kerana  Tamadun  Islam menekankan  keseimbangan  kemajuan
                  kebendaan dan kerohanian yang meninggalkan kesan pembangunan fizikal dan insaniah
                  sehingga kini baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.



                   Politik
                  Dalam  bidang politik,  Islam mementingkan  corak hidup yang sejahtera  dan makmur.
                  Islam juga mementingkan kehidupan bernegara, pemerintahan dan cara hidup berteraskan
                  keadilan, konsep ummah dan sistem syura.

                     Kehidupan bernegara
                       Semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW, baginda merupakan ketua negara
                        yang bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat
                        melalui perlembagaan.
                       Jawatan  khalifah  selepas kewafatan  Nabi  Muhammad  SAW juga  berperanan
                        untuk menegakkan agama dan mentadbir mengikut hukum syariah.
                       Kerjasama antarabangsa dijalinkan bagi tujuan dakwah dan silaturahim.
                       Penerokaan wilayah baharu telah menaikkan lagi imej Islam.



                     Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
                       Cara pemerintahan
                       yang adil kepada semua
                       penduduk meskipun
                       berbeza agama dan
                       keturunan.
                        Keadilan dan toleransi
                       antara kaum membawa
                       kedamaian kepada
                       negara.







                                                  Perpaduan membentuk kemajuan ummah.
                                                  (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)




                 174
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187