Page 184 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 184

Ekonomi

                  Sumbangan Tamadun Islam juga dapat dilihat dari segi ekonomi. Contohnya,
                  memperkenalkan amalan ekonomi Islam, pengenalan Baitulmal, menggalakkan perniagaan
                  dan perdagangan serta memperluas pembinaan empangan dan kemudahan asas lain.



                    Amalan ekonomi Islam
                    Islam  menekankan  beberapa amalan  dalam  sistem  ekonomi  bagi  mendidik  jiwa
                    manusia agar berdisiplin, amanah dan berjiwa bersih.

                        Mengadakan sistem zakat dan sistem wakaf untuk pembangunan umat Islam.
                        Mengadakan  sistem mata wang dirham  dan perak untuk menjalankan  aktiviti
                       ekonomi.
                        Mengadakan kutipan sistem cukai, iaitu bayaran dalam bentuk wang oleh sesebuah
                       kerajaan atau negara bagi individu atau syarikat yang tujuan asalnya adalah untuk
                       membiayai segala keperluan negara. Sistem cukai yang pernah dilaksanakan di
                       negara Islam ialah cukai tanah (al-Kharaj), cukai perlindungan (suh al-Jizyah),
                       cukai diri (jizyah al-Ru’us) dan cukai perdagangan (al-’Usyr).
                        Melarang amalan riba kerana boleh menghancurkan konsep keadilan dalam
                       masyarakat.
                        Menegah penindasan dan penipuan semasa berniaga, seperti mengurangkan
                       timbangan, boros, kedekut, membazir, mengambil keuntungan berlipat kali ganda
                       dan tidak amanah.
                        Menggalakkan manusia menghasilkan produk yang bermutu dan melakukan
                       penyelidikan dalam membangunkan ekonomi, contohnya dalam bidang pertanian.
                        Tidak menyekat  umatnya daripada  menjalankan  perdagangan  selagi  mengikut
                       hukum syarak, seperti mengeluarkan zakat dan menjaga kebajikan masyarakat.
                        Menyeru kita menghulurkan bantuan dan bersedekah di samping mengamalkan
                       sikap berjimat cermat.







                         Glosari

                   Halal: dibenarkan menurut hukum Islam.
                   Riba: faedah berganda yang membebankan
                   dan diharamkan oleh Islam.






                                                                  Berzakat merupakan kewajipan dalam kalangan
                       Amalan bersedekah mampu membentuk          penganut agama Islam.
                     masyarakat yang sejahtera. Bincangkan.



                 176
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189