Page 183 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 183
Konsep ummah
Tamadun Islam mewujudkan konsep masyarakat yang lebih dikenali sebagai
ummah.
Melalui konsep ummah ini, masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan
keturunan.
Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama, iaitu
bekerjasama bagi memajukan negara.
Sistem syura
Syura ialah mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut
suara ahli yang terbanyak.
Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh kepimpinan
Islam selepasnya.
Syura juga diamalkan bagi mencapai keputusan secara muafakat.
Kerjasama antarabangsa dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan
pengurusan hal ehwal Islam kepada umat Islam seluruh dunia.
(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Aktiviti
Secara berkumpulan, jawab soalan di bawah:
1. Apakah maksud sistem syura?
2. Mengapakah pemimpin perlu mengamalkan Bincangkan kebaikan konsep
sistem syura? syura kepada masyarakat.
175

