Page 55 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 55

Zaman Logam
                       Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi. Pada zaman
                       ini, manusia telah melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka.
                       Manusia zaman ini sudah mula melakukan aktiviti pelayaran. Mereka menjalankan
                       aktiviti  pertukaran barangan dan peralatan  berasaskan gangsa yang dapat dikesan
                       bertaburan di rantau Asia Tenggara. Peralatan besi seperti kapak, tulang mawas, beliung
                       dan mata lembing merupakan antara jenis peralatan besi yang digunakan oleh manusia
                       ketika ini untuk memburu, bertani dan menjalankan aktiviti harian mereka.








                       Kapak besi bersoket.      Tulang mawas.                   Pisau bersoket.
                       Peralatan yang diperbuat daripada besi.
                       (Sumber: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed.), Encyclopedia of Malaysia: Early History, Singapura:
                       Archipelago Press, 1998, hlm. 39)



                    Tempoh Masa Zaman Prasejarah
                      Zaman Paleolitik         2.5 juta tahun – 8,000 SM


                      Zaman Mesolitik         12,000 – 4,000 SM                       Cerna Minda
                      Zaman Neolitik          10,000 – 2,000 SM                   Mengapakah  Zaman
                                                                                  Neolitik turut dikenali
                      Zaman Logam          3,500 SM – 500 M                       sebagai Zaman Batu
                                                                                  Baru?
                    (Sumber: Roshen Dalal, The Compact Timeline History of the World, Cambridge:
                    Worthpress, 2010, hlm. 8)




                    Pada pendapat anda, bagaimanakah pengetahuan menggunakan api mempengaruhi
                    kehidupan manusia Zaman Prasejarah?


                    Memahami  Zaman  Prasejarah membolehkan  kita mengetahui  sejarah dan tamadun
                    manusia berkembang dalam satu tempoh yang sangat panjang. Pelbagai tahap perubahan
                    perlu dilalui merentas masa yang berbeza-beza. Perkembangan ini menjadikan manusia
                    semakin matang dan bertanggungjawab dalam tindakan mereka.  Inovasi dalam peralatan
                    serta  penggunaan  api  sejak  Zaman  Paleolitik  hingga  Zaman  Logam  telah  membantu
                    manusia memperbaik tahap kehidupan mereka. Meskipun api dikesan telah digunakan
                    sejak satu juta hingga 1.5 juta tahun yang lalu, namun pengetahuan membuat api dan
                    menggunakannya secara berkesan hanya berlaku sekitar 10,000 SM.


                                                                                                        47
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60