Page 54 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 54

3.1          Maksud Zaman Prasejarah




                  Zaman Prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.
                  Zaman ini pula boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam.





                     Zaman Batu
                     Zaman  Batu  merujuk  kepada  penggunaan  teknologi  batu  dalam  kehidupan  harian
                     manusia pada zaman tersebut. Terdapat tiga tahap Zaman Batu, iaitu Zaman Paleolitik,
                     Mesolitik  dan  Neolitik.  Zaman  Paleolitik  juga  dikenali  sebagai  Zaman  Batu  Lama,
                     Zaman Mesolitik sebagai Zaman Batu Pertengahan dan Zaman Neolitik pula sebagai
                     Zaman Batu Baru.
                       Zaman Paleolitik dianggap sebagai zaman yang serba mencabar kerana manusia
                        perlu meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan menggunakan teknologi batu
                        yang  serba  ringkas.  Selain  peralatan  batu,  mereka  menggunakan  peralatan  yang
                        diperbuat daripada tulang binatang dalam aktiviti harian mereka.
                       Zaman  Mesolitik pula memperlihatkan  cara hidup yang semakin  berkembang.
                        Cuaca zaman ini tidak terlalu sejuk.
                        Manusia  pada  zaman  ini  bukan
                        sahaja  memburu binatang tetapi
                        menangkap  ikan sebagai sumber
                        makanan mereka.
                       Zaman Neolitik pula menunjukkan
                        tahap perkembangan teknologi serta
                        corak kehidupan yang lebih baik.
                        Pada zaman ini, wujud kawasan
                        petempatan yang  mengamalkan
                        aktiviti  bercucuk tanam, membuat
                        tembikar dan menternak binatang.


                                                             Ilustrasi kegiatan memburu binatang pada
                                                             Zaman Prasejarah.
                               Zaman
                               Prasejarah                    (Sumber: dailymail.co.uk/sciencetech/article-3732832/stone-age-missiles-

                                                               prehistoric-hunters-planned-ahead-Throwing-rocks-effective-weapons-
                                                                  168
     Kulit            46              100          145       early-humans.html Dicapai pada 1 September 2016)


                         Tahukah Anda?
                    Zaman Prasejarah turut dikenali sebagai nirleka dalam bahasa Sanskrit. Nirleka merupakan

                                                                  180
                                                   146
                                      102
                      48
     viii           gabungan dua perkataan, iaitu nir yang bermaksud tidak ada dan leka yang bermaksud tulisan.
                 46



                      65              108          147
     13







                                                   161
     13 IPIM          77              128







                                      130
     30               95                           165






                                      142          167
     30 YOU TUBE      98
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59