Page 58 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 58

Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara


                  Pelbagai lokasi Zaman Prasejarah turut ditemukan di Asia Tenggara. Tinggalan manusia
                  yang ditemukan di lokasi-lokasi ini menunjukkan keupayaan manusia ketika itu menjalani
                  kehidupan seharian mereka. Penemuan ini turut membuktikan  ketinggian pencapaian
                  mereka setanding dengan manusia Zaman Prasejarah di kawasan lain.



                                            Ban Chiang, Thailand
                                            Lokasi ini merupakan tapak
                                            Zaman Neolitik dan Zaman                                                                                U
                                            Logam, berusia antara 3,600
                                            hingga 500 SM. Manusia
                                            di Ban Chiang menjalankan               Myanmar
                                            aktiviti pertanian, pembuatan                     Laos
                                            logam, tekstil, tembikar tanah
                                            dan kegiatan menternak
                                            binatang.                                     Thailand

                                                                                                       Vietnam
                                                                                               Kemboja
                                                                                                                               Filipina
                                            Lenggong, Malaysia                                          LAUT CHINA
                                            Lokasi ini merupakan antara                                  SELATAN
                                            tapak Zaman Prasejarah                                        Brunei
                                            terpenting di rantau  Asia                                    Darussalam
                                            Tenggara yang menunjukkan                         M a l a y s i a
                                            kehidupan manusia merentas
                                            Zaman Paleolitik, Hoabinhian
                                            dan Neolitik. Rangka  Perak
                                            Man yang berusia antara
                  Peralatan batu yang ditemui    11,000 hingga 10,000 SM                              Indonesia
                  di Bukit Bunoh, Lenggong,  merupakan bukti paling penting
                  Perak.                    menunjukkan kehidupan
                                            manusia Zaman Prasejarah
                                            di negara ini.
                                                                              Peta lokasi Zaman Prasejarah
                                                                              di Asia Tenggara.
                                    Gua Liang Bua, Pulau Flores
                                    Indonesia
                                    Lokasi ini penting kerana penemuan
                                    fosil dan sisa tulang yang berusia
                                    antara 94,000 hingga 12,000 SM
                                    yang dinamakan sebagai Flores
                                    Man atau Homo Floresiensis.  Tapak
                                    ini juga menunjukkan kehidupan
                                    manusia sejak Zaman Paleolitik
                                    hingga Zaman Logam.


                 50
                 50
                 50
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63