Page 61 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 61
(Sumber: www.thinglink.com) (Sumber: www.slideshare.net)
Peralatan
Zaman Mesolitik
Peralatan Zaman Mesolitik masih
diperbuat daripada kayu, batu dan
tulang haiwan. Namun, pembuatannya
Zaman Paleolitik lebih halus dan kemas. Terdapat juga
Manusia pada masa ini membuat peralatan alatan lebih kecil yang dikenali sebagai
daripada batu, kayu dan tulang haiwan. mikrolit. Mereka juga menggunakan
Peralatan ini pula dalam bentuk sedia ada, panah semasa memburu binatang
ringkas dan kasar pembuatannya. dan menggunakan perangkap untuk
menangkap ikan.
Zaman Neolitik Zaman Logam
Peralatan zaman ini lebih halus dan Manusia telah mampu mencipta
kemas. Terdapat pelbagai peralatan peralatan yang diperbuat daripada
termasuklah alat menggali dan roda. logam. Pembuatan ini berlaku seiring
dengan pengetahuan manusia tentang
teknologi peleburan serta pembuatan
acuan. Pada Zaman Logam ini,
manusia memiliki tahap kehidupan
yang lebih tinggi berbanding dengan
Zaman Batu. Peralatan zaman ini
terdiri daripada tembaga, gangsa
dan besi.
Tahukah Anda?
Mikrolit merupakan artifak batu kecil yang
nipis yang sisinya tajam bergerigi.
Cerna Minda
Bagaimanakah manusia Zaman Prasejarah Bandingkan ciri-ciri peralatan
memanfaatkan alam sekitar untuk manusia Zaman Paleolitik dan
kelangsungan kehidupan mereka? Zaman Neolitik.
53

