Page 63 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 63

Kegiatan Ekonomi
















                     Manusia Zaman Paleolitik berkongsi makanan.    Lukisan gua di Gua Lascaux, Montignac,
                                                                    Perancis yang menunjukkan aktiviti
                                                                    memburu binatang.
                     Zaman Paleolitik
                     Manusia zaman ini bergantung                   Zaman Mesolitik
                     sepenuhnya pada sumber alam semula             Manusia pada zaman ini masih lagi
                     jadi. Mereka hidup secara nomad                mengutip hasil hutan, memburu binatang
                     untuk mencari makanan dan dikongsi             dan menangkap ikan. Perkongsian
                     bersama. Aktiviti ekonomi mereka               makanan masih berlaku.
                     bersifat sara diri.


                     Zaman Neolitik                                  Zaman Logam
                     Manusia tidak lagi menjadi pengguna             Aktiviti  pertanian,
                     sumber alam, sebaliknya mereka                  penternakan dan
                     menghasilkan makanan melalui kegiatan           perdagangan
                     pertanian dan penternakan. Aktiviti             pertukaran  barang
                     perdagangan dengan menggunakan sistem           merupakan aktiviti
                     barter dan pengkhususan kerja telah             utama penduduk.
                     bermula.                                        Selain  itu, aktiviti
                                                                     pembuatan dan
                                                                     pertukangan turut   Pertukaran barang
                                                                     berkembang.         tanduk badak dengan
                                                                                         gading gajah.


                                                                      Cerna Minda
                      Gambar lukisan gua di Gua Magura,
                      Bulgaria menunjukkan manusia                 Nyatakan kesan apabila manusia mula tahu
                      menjalankan aktiviti penternakan.            bercucuk tanam dan menternak binatang.




                         Glosari
                                                                   Bandingkan aktiviti ekonomi manusia
                    Nomad: kaum yang selalu berpindah-randah
                    dari satu tempat ke satu tempat lain.          prasejarah dengan masyarakat hari ini.


                                                                                                        55
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68