Page 64 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 64

Organisasi Sosial
















                      Kehidupan manusia Zaman Paleolitik.       Kehidupan manusia Zaman Mesolitik.

                      Zaman Paleolitik                          Zaman Mesolitik
                      Manusia zaman ini hidup dalam             Pada zaman ini, manusia masih lagi
                      kelompok kecil yang terdiri daripada      hidup dalam kelompok kecil. Mereka
                      gabungan beberapa keluarga dan            juga masih lagi hidup secara nomad
                      masih hidup dalam keadaan nomad.          dan belum mempunyai sebuah
                                                                organisasi sosial yang tersusun.





                  Zaman Neolitik
                  Pada zaman ini, manusia hidup menetap        Zaman Logam
                  dan telah  mewujudkan sistem sosial          Kehidupan manusia zaman ini lebih
                  yang lebih baik.  Terdapat ketua yang        tersusun. Pemimpin bertanggungjawab
                  dipilih  daripada  kalangan  mereka  dan     menyelesaikan  masalah  yang timbul
                   bermulanya pembahagian  dalam               dan membentuk aturan kehidupan agar
                     sosial, iaitu adanya kelas atasan         diikuti oleh setiap anggota masyarakat.
                      atau pemimpin dan kelas bawahan.         Keadaan ini membawa kepada
                        Kemunculan organisasi ini              pembentukan sistem pentadbiran.
                          membolehkan aturan kehidupan
                             yang lebih baik dibentuk.


                                                                Gambaran kehidupan
                        Kehidupan                               manusia Zaman
                        manusia                                 Logam di Ban Chiang,
                        Zaman                                   Thailand.
                        Neolitik.

                        Glosari
                                                             Cerna Minda
                  Organisasi Sosial: pola hubungan       Mengapakah manusia pada       Mengapakah
                  yang dibentuk oleh masyarakat hasil                                  pemimpin diperlukan
                  kerjasama antara ahli atau keluarga    peringkat awal hidup secara   dalam sesebuah
                  bagi mencapai matlamat bersama.        nomad?                        organisasi sosial?


                 56
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69