Page 67 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 67

Aktiviti: TMK

                                                             Secara berkumpulan, layari laman web www.
                                                             museum.sarawak.gov.my dan jawab soalan
                                                             di bawah:
                                                             1. Senaraikan artifak prasejarah yang dijumpai
                                                                di dalam Gua Niah.
                                                             2. Buktikan  bahawa Gua Niah dihuni oleh
                                                                manusia pada setiap Zaman Prasejarah.
                                                             3. Cadangkan langkah-langkah  untuk menarik
                                                                perhatian pelancong mengunjungi Gua Niah
                                                                bagi mengetahui kehebatan sejarah negara
                                                                kita.









                           Aktiviti

                    Tapak Zaman Prasejarah: Gobekli Tepe, Turki
                    Usia: 12,000 tahun
                    Ciri-ciri:
                     •  Mempunyai tiang berjumlah 200 batang
                        dan berbentuk bulatan.
                     •  Terdapat 20 buah bulatan.
                     •  Setiap tiang mempunyai ketinggian enam
                        meter dengan berat kira-kira 20 tan.

                    Berdasarkan maklumat di atas dan maklumat
                    yang dikumpulkan melalui Internet secara
                    berkumpulan, buat pembentangan berkaitan
                    kefahaman anda tentang kepercayaan, kesenian
                    dan kebudayaan manusia Zaman Prasejarah
                    di Gobekli Tepe, Turki.






                             Kebijaksanaan  manusia  Zaman  Prasejarah  menyesuaikan  kehidupan
                             dengan persekitaran haruslah dihargai. Oleh itu, kita harus bersyukur
                             untuk memanfaatkan sumber alam semula jadi ciptaan Tuhan.


                                                                                                                             (Sumber: sciencenationalgeographic.com)
                                                                                                        59
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72