Page 84 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 84

4.1        Maksud Tamadun




                  Pengenalan

                  Pada  umumnya,  tamadun  ditakrifkan  sebagai  suatu  pencapaian  tertinggi  oleh  sesuatu
                  masyarakat  dalam  pelbagai  bidang.  Antaranya termasuklah  kegiatan  pertanian  dan
                  perdagangan, sistem pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan pekerjaan,
                  teknologi, organisasi sosial, agama dan kepercayaan, tulisan dan penyimpanan rekod, serta
                  kesenian dan kesusasteraan. Perubahan kehidupan manusia ini didorong oleh daya inovasi
                  sesuatu masyarakat.






                                Maksud tamadun dalam bahasa Yunani

                  Dari segi pengertian bahasa, perkataan tamadun (civilisation) diambil daripada perkataan
                  Yunani,  iaitu  “civitas”  yang  bermaksud  bandar  atau  kota.  Tahap  kemajuan  dalam
                  kehidupan masyarakat  dicapai  dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem
                  kerajaan.









                                Maksud tamadun dalam bahasa Inggeris
                  Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation, iaitu tahap pembangunan manusia
                  dan organisasi yang dianggap paling maju. Tahap pembangunan tersebut merangkumi
                  pengetahuan,  kepercayaan,  seni, moral, undang-undang, adat dan kebolehan manusia
                  atau organisasi.







                                      Maksud tamadun dalam bahasa Arab

                  Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah  mudun, madain dan madana, yang bermaksud
                  tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Istilah lain yang sama pengertiannya ialah
                  hadharah dan hadari. Hadharah bermaksud kawasan, daerah, bandar, kota, kampung
                  dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam. Hadari pula bermaksud tanah atau
                  rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.





                 76
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89