Page 86 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 86

4.2        Konsep Tamadun







                  Sudut Pandangan Islam




                  Konsep tamadun dalam Islam dibina
                  atas kerangka Islam sebagai al-Din (cara
                  hidup). Tamadun mengikut pandangan
                  Islam merangkumi pembangunan lahiriah
                  dan rohaniah yang berasaskan nilai dalam
                  pendidikan seperti yang disarankan oleh
                  al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi
                  Muhammad SAW.

                                                                    Universiti  Al-Azhar, Mesir.
                  Ibn Khaldun  ialah  tokoh  awal yang
                  membicarakan tentang konsep tamadun
                  Islam. Beliau memperkenalkan konsep
                  tamadun, iaitu “umran” dan “hadharah”
                  yang  digunakan  dalam  bukunya  yang
                  bertajuk  Muqqadimah. “Hadharah”
                  mengandungi prinsip-prinsip nilai meliputi
                  aspek akidah, syarak, akhlak, falsafah,
                  kebudayaan dan peradaban. “Madaniyyah”
                  pula lebih menjurus kepada aspek kebendaan
                  dalam kehidupan dan lebih bersifat umum
                  kepada semua manusia. Kedua-duanya
                  bermaksud perbandaran dan tamadun.
                  Istilah “hadharah” dan “madaniyyah” ini               Ibn Khaldun pernah menjadi hakim
                  lebih menepati konsep tamadun dalam Islam             dan ahli akademik di Universiti
                  dan berpusat kepada wahyu.                            Al-Azhar, Mesir.







                         Tahukah Anda?
                     Sarjana  teragung  Islam,  iaitu  Ibn Khaldun merupakan  sarjana  sejarah  pertama
                     yang membincangkan  tentang  peraturan  pemerintahan  yang berkaitan  dengan
                     kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun.


                 78
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91