Page 87 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 87

Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula
                    berpendapat tamadun ialah keadaan
                    kehidupan insan bermasyarakat yang
                    telah mencapai taraf kehalusan tatasusila
                    dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
                    masyarakatnya. Beliau menulis pelbagai
                    buku dalam bidang pemikiran dan
                    peradaban. Antaranya termasuklah Islam
                    dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu         Syed Muhammad Naquib
                    dan Historical Fact and Fiction.            Al-Attas.                Buku Islam dalam
                                                                                         Sejarah dan
                                                                                         Kebudayaan Melayu.






                    Sudut Pandangan Barat


                    Dalam tradisi Barat, istilah “civilisation”
                    digunakan bagi menggambarkan tahap
                    sesuatu masyarakat atau budaya yang
                    kompleks. Lazimnya, masyarakat
                    bertamadun diukur melalui pencapaian
                    ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur
                    politik, kemasyarakatan dan petempatan
                    di kawasan perbandaran.
                       Bagi masyarakat Barat, tamadun
                    dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
                    terutamanya dalam bidang kebudayaan          Arnold J. Toynbee.
                    seperti kesenian, penulisan, undang-undang
                    dan perbandaran.
                       Arnold J. Toynbee menjelaskan tamadun
                    sebagai suatu sistem masyarakat yang
                    memperkasakan sistem politik, ekonomi,
                    sosial serta kesenian dan kebudayaan.                           Buku karya
                                                                                    Arnold J. Toynbee.






                      Konsep tamadun  meliputi  semua pencapaian
                      kehidupan masyarakat dalam bidang sosial dan
                      budaya serta pemikiran.
                                                                              Rumuskan konsep tamadun.



                                                                                                        79
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92